Sekurang-kurangnya 13 orang ditembak, dan enam daripada mereka maut selepas kejadian tembakan beramai-ramai di South Street di Philadelphia. Menurut 6abc, kejadian itu bermula tengah malam di persimpangan Third Street, lapor CNA.

Polis berkata panggilan kecemasan mula datang ketika seseorang dengan pistol mula menghampiri orang ramai. Ketika sampai di tempat kejadian, pegawai polis melihat seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai, kata polis. Pegawai polis terbabit turut melepaskan tembakan sebanyak tiga kali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehingga laporan ini ditulis, tiada tangkapan yang dibuat, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menemui pistol di tempat kejadian.

Tujuh daripada mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Thomas Jefferson, di mana seorang disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan. Tiga lagi mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Presbyterian Penn. Seorang daripada mangsa juga disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Tiga lagi yang cedera sedang dirawat di Hospital Universiti Temple.

Sebelum ini remaja dengan senapang AR-15 menyerang sebuah sekolah di Uvalde, Texas. Sembilan belas pelajar dan dua guru terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai itu.

Disebabkan kejadian itu, beberapa negeri di AS bakal membenarkan guru dan kakitangan lain untuk membawa senjata api ke sekolah dengan syarat wajib lulus ujian senjata dalam masa 24 jam.

Untuk rekod, dalam bulan ini sahaja, sudah terdapat tiga kejadian melibatkan pembunuhan beramai-ramai di AS.

Penyerang sempat buat ‘live’ aksi tembak mati kaum kulit hitam di pasar raya AS. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Penyerang Sempat Buat ‘Live’ Aksi Tembak Mati Kaum Kulit Hitam Di Pasar Raya AS

Muat Naik Video Mengganas Secara ‘Live’, Suspek Utama Tembakan Rambang Di Thailand Masih Bebas

Serangan Tembakan Rambang Di Rusia Buat Orang Awam Panik Lompat Dari Tingkap