Maaf tulisan kali ini agak panjang.

Saya mungkin ibu yang kejam kerana:

1. Anak-anak saya bergilir setiap malam selepas makan malam seorang akan basuh pinggan, mangkuk, periuk, kuali, seorang lagi buang sampah dan kunci pagar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Saya suruh anak-anak gaul nasi dan ikan untuk beri kucing-kucing di rumah makan. Atau bersihkan sangkar. Saya cakap sama-sama bela jadi tak adil kalau mama seorang yang uruskan kucing.

3. Anak-anak basuh kasut sekolah sendiri.

4. Lepas makan basuh pinggan sendiri, lap dan kemas sendiri kalau tumpah.

5. Kemas bilik, lipat baju, jemur kain baju sendiri. Hari minggu mereka basuh, clorox, nila, dan jemur baju sekolah sendiri.

6. Baju sekolah pun gosok sendiri sejak darjah 4.

7. Nak minum air manis, buat sendiri.

8. Ajar anak-anak guna dapur, baru belajar basic iaitu goreng telur.

9. Petang-petang siram pokok.

10. Seminggu atau 2 minggu sekali sental bilik air di dapur. Sebab mereka sahaja yang guna bilik air tu.

11. Saya tak pernah rebus air panas untuk anak-anak mandi pagi pergi sekolah. Mandi air sejuk saja. Menangis pun menangislah.

12. Masa mereka tak sibuk akak minta tolong packing magnet. Upahnya duit atau belanja makan.

Kejam? Tapi hasilnya..

1. Anak-anak dah ada rasa tanggung jawab. Dah pandai basuh pinggan sendiri. 1 hari akak speechless sebab anak yang 5 tahun, lepas makan dia basuh pinggan sendiri. Dan bersih pula dia basuh. Dia kata dia tengok along basuh dia tiru.

2. Kebetulan Friskies di rumah habis. Angah ajak pegi kedai runcit beli Friskies RM2 guna duit tabung dia, dia kata kesian ada kucing kurus dengan anak-anak kecil di sekolah.

3. Si kenit yang 5 tahun tu bangun awal betul pada satu hari minggu. Mama yang mengantuk sebab bangun awal terlelap di bilik. Akhirnya dia kejutkan minta buka pintu sebab nak jemur kasut. Dia dah siap basuh kasut sekolah pukul 8 pagi!

4. Satu hari nampak si kecik kalut dengan kain, mop, rupanya air dia tumpah dia lap sendiri.

5. Petang tu cari kenit tak jumpa, rupanya di luar angkat kain baju yang dia punya, dia longgok depan tv lepas tu dia lipat sendiri sambil tengok Ultraman. Kemudian angkut simpan dalam gerobok dia.

6. Anak-anak dah pandai gosok baju sekolah untuk seminggu terus pada hari minggu.

7. Bukan setakat dah pandai buat air Milo, Nescafe atau teh, mereka juga dah pandai buat aiskrim Malaysia, kadang-kadang perisa Milo, kadang-kadang perisa Nescafe atau jagung. Yang selalu jadi kepala si along. Tengah hari boleh pula mereka bancuh teh ‘o’ ais 1 jag.

8. Dah pandai goreng telur, mereka minta ajar masak nasi dan Maggi pula.

9. Anak-anak pula yang tanya, mama pokok tu dah siram ke, mama bendi tu dah besar angah petik ye..

10. Kenit balik sekolah bukan main lama dia mandi. Akak bebel mandi lama-lama dia kata bukan mandi, dia basuh bilik air. “Tengok ni bersih dah.” Yup, terperanjat masa tu. Dengan lubang jamban dia sental. Tak geli pun. Putih berkilat.

11. Sekarang nak pegi sekolah pagi-pagi kenit mandi air sejuk. Pukul 6 pagi. Relax je..

12. Sesekali akak bawa mereka pegi Mr DIY akak bagi mereka duit sikit. Upah mereka tolong akak buat kerja. Belilah apa yang mereka suka tapi bermanfaat. Selalunya mereka beli stationary atau buku. Pernah juga, anak tolak bila akak bagi duit upah. Anak cakap tak apalah ma, angah ikhlas tolong mama. Sebab mama pun penat buat kerja.

Yang kita yang ajar adalah rasa tanggung jawab. Rasa berdikari dan tak payah disuruh.

Kita nak pupuk rasa sayang anak-anak pada persekitaran dia.

Anak-anak akan buat tanpa kekok kalau dia dah terbiasa. Dan anak-anak akak semuanya LELAKI.

Kerja-kerja yang akak ajar mereka buat tu dari zaman berzaman tok nenek kita dok ajar kerja anak-anak perempuan.

Maka anak lelaki nak buat apa pun tak reti. Bila dah besar pinggan sebiji pun dia akan tinggal untuk mak atau bini yang basuh.

Satu hari akak panggil anak-anak, akak cakap mama minta maaf kalau mama suruh anak-anak buat banyak kerja.

Mama cuma nak anak-anak mama pandai berdikari kalau suatu hari mama tiba-tiba dah tak ada lagi.

Sekurang-kurangnya korang dah pandai hidup sendiri.

Harap-harap kekallah perangai mereka ni sampai besar.