Baru-baru ini Malaysia memperolehi emas kedua menerusi acara sukan tarian kategori breaking pada temasya Sukan SEA ke-30. Pingat emas tersebut dihadiahkan oleh atlet sukan tarian Sam Lee Jek di Ballroom Royce Hotel & Casino, dekat New Clark City, pada Ahad lalu.

Apa yang istimewanya emas yang dimenangi itu merupakan yang pertama dari sukan tarian sejak kali pertama dipertandingkan pada edisi 2005 di Manila.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Sinar Harian

Atlet berusia 24 tahun dengan nama julukan Lego Sam diumumkan sebagai juara selepas mengumpul 12 mata maksimum mengatasi kesemua pencabarnya. Manakala pingat Perak dimenangi peserta Vietnam dan gangsa pula menjadi milik peserta dari Singapura.

Kemenangan atlet tersebut turut menarik perhatian selebriti dan pelawak terkenal Malaysia, Harith Iskander.

Menerusi caption yang dimuat naik di laman Instagramnya, beliau mengucapkan tahniah kepada atlet berkenaan sambil berseloroh bahawa ibunya pernah memukul kepalanya dahulu kerana membuang masa melakukan tarian sebegitu.

Suatu ketika dahulu, sukan tarian kategori breaking ini kurang mendapat perhatian ramai, malah ada diantara kita yang tidak tahu tentang kewujudan acara ini di dalam temasya Sukan Sea. Namun dengan kejayaan terbaru Lego Sam, pastinya sukan tarian ini akan mendapat perhatian ramai pihak.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan atlet tersebut kerana berjaya menyumbang pingat emas kepada Malaysia.

Ada juga di antara netizen baru tahu akan kewujudan acara ini selepas kemenangan beliau diumumkan kepada orang ramai.

Terdahulu, kontinjen Malaysia meraih pingat emas sulung menerusi atlet wushu, Loh Choon How yang memenangi acara Taijiquan lelaki di Manila.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan temasya Sukan Sea yang munkin menarik perhatian anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut

Benarkah Malaysia Pinjamkan RM900 Juta Kepada Filipina Bagi Jayakan Sukan SEA Manila 2019?

E-Sukan Bakal Ditawarkan Pingat Menjelang Sukan SEA 2019

Kenali Dhol Riderz, Kumpulan Yang Meriahkan Sukan SEA Dengan Muzik Bhangra