Atlet gimnastik artistik Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi kini memiliki patung Barbie edisi khas yang dicipta oleh syarikat mainan Amerika Mattel.

Patung Barbie edisi khas ini bertujuan untuk mendorong gadis-gadis muda di luar sana untuk terus mengejar impian mereka dengan tema “You Can Be An Athlete”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Farah Ann Barbie ini dibuat seiras dengan pemenang pingat emas Sukan SEA. Dengan rambut hitam pekat dan baju yang diwarnakan merah jambu, emas dan putih.

Ini adalah patung pertama dan satu-satunya yang dicipta di Malaysia dan tidak terdapat di mana-mana premis.

“Saya sangat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai model Barbie untuk gadis-gadis muda yang bersukan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

“Saya percaya bahawa kita semua mampu mencapai impian dan matlamat kita tidak kira apa pun,” tambahnya. “Anda hanya perlu ingat bahawa kepercayaan diri adalah senjata utama dalam mencapai apa-apa.”

Selain Farah Ann, atlet Malaysia yang lain turut dipilih menjadi model Barbie. Antaranya adalah juara skuasy Nicol Ann David, penyelam Olimpik Leong Mun Yee, pemain boling Shahlin Zulkifli, dan pemain ski laju Anja Chong.

Mattel juga memaparkan video Farah di gimnasium serta rakaman Farah sewaktu berusia 9 tahun. Dia akan bertanding di Olimpik Tokyo tahun depan dan merupakan gimnastik artistik Malaysia ketiga yang memenuhi syarat selepas Au Li Yen di Sydney 2000 dan Ng Shu Wai di Athens 2004.

Terdahulu, Barbie jalinkan kerjasama dengan BAPE bagi koleksi edisi terhad. Klik pautan di bawah untuk membaca.

BAPE x Barbie Tampil Dengan Koleksi Edisi Terhad

Lihat Koleksi dUCk x Barbie Edisi Terhad Yang Akan Mula Dijual Hari Ini

Sumber