Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak Malaysia mengumumkan Liridon Krasniqi telah berjaya mendapatkan kewarnegaraan Malaysia melalui proses naturalisasi.

Pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Kosovo itu menjadi pemain bola sepak kedua yang berjaya menjadi pemain naturalisasi selepas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh turut mendapat keistimewaan sama  pada 2018.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Walaupun tujuan proses naturalisasi pemain itu adalah untuk membantu persembahan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, namun ada juga sebahagian daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

Kiriman yang dibuat oleh FAM di laman Twitter mereka untuk mengumumkan perkara itu dihujani dengan komen-komen peminat yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang berpendapat keistimewaan yang dimiliki oleh Liridon itu bukanlah perkara yang senang untuk diperolehi.

Semakan di laman Facebook FAM juga mendapati terdapat pertikaian mengenai perkara tersebut dengan ada yang berpendapat masih ramai anak-anak kecil kepada imigran dan pekerja asing yang lahir di negara ini masih belum mendapat kerakyatan.

komen2 komen1

Bukan sahaja menimbulkan persoalan kenapa pemain tersebut begitu mudah mendapatkan status kewarganegaraan namun ada juga yang mengaitkan perkara tersebut dengan status Liridon yang kini beraksi bersama JDT yang membolehkannya menjadi warganegara Malaysia.

repliesssss

Bagaimanapun, pendapat itu terus dinafikan oleh netizen-netizen dengan ada yang memberitahu proses untuk menaturalisasikan Liridon adalah usaha yang dilakukan pasukan kebangsaan.

Malah ada pendapat yang mengatakan perkara tersebut sudah lama diusahakan bagi membolehkan beliau mewakili pasukan bola sepak kebangsaan tanah air.

repliesss

Jadi kepada anda yang masih mempertikaikan tindakan FAM untuk menaturalisasikan Liridon, anda seharusnya membaca terlebih dahulu kenyataan yang dikeluarkan mereka sebelum ini.

FAM sebenarnya telahpun bermesyuarat sejak 2018 lagi untuk merealisasikan proses naturalisasi pemain ini berlaku, malah mereka juga mempunyai mekanisme yang tersendiri dalam melakukan perkara ini dan bukan sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk mengambil mana-mana pemain asing mewakili negara.

Melalui mekanisme ini, proses pengambilan pemain naturalisasi dijalankan menerusi tiga peringkat – jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac 2019.

Pemain yang ingin dinaturalisasikan juga perlu bermain selama lima tahun secara berturut-turut di Liga Malaysia dan tidak dibenarkan untuk bermain bersama pasukan luar sepanjang tempoh tersebut.

Ini menunjukkan proses untuk memberikan kewarganegaraan kepada Liridon atau mana-mana pemain asing bukanlah satu perkara yang mudah.

Tetapi, lebih baik lagi jika kes-kes mereka yang masih tidak mendapat kad pengenalan ini juga dipermudahkan dan dipercepatkan oleh pihak bertanggungjawab.

Membaca keluahan dan kisah peribadi yang menceritakan tentang kesukaran sesetengah golongan yang lahir di negara ini untuk mendapatkan status kewarganegaraan adalah sesuatu yang menyedihkan.

Pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini seharusnya lebih peka dengan situasi mereka yang lahir di negara ini tetapi masih tidak memiliki kad pengenalan (MyKad) kerana beberapa halangan yang dialami mereka.

Lihat bagaimana pemain-pemain bola sepak terkenal Real Madrid ini meneka nama rakan sepasukan mereka dalam kaligrafi Jawi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Real Madrid Cabar Pemain Teka Nama Rakan Sepasukan Dalam Kaligrafi Jawi

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya

Hero Piala Dunia Turki, Hakan Sukur Jadi Pemandu Uber Gara-Gara Salah Pilih Lawan Politik

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda Mungkin Suka