Buat julung kalinya satu Kejohanan Bola Jalanan VOCKET ‘3v3’ akan berlangsung selama 2 hari di Karnival Jom Heboh (KJH) bersempena ulang tahun ke-20 KJH.

Kejohanan ini dianjurkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang cergas dari segi fizikal dan cerdas dari segi mental.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pegawai Pemasaran Portal VOCKET, Saiful Bahari, berkata kejohanan ini merupakan salah satu tarikan baharu di KJH pada tahun ini yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam pada 3 hingga 4 Jun depan.

“Kami tampil berbeza untuk edisi KJH pada tahun ini kerana sebelum ini kami berinteraksi dengan para pengunjung menerusi aktiviti-aktiviti di pentas. Tetapi kali ini kami akan adakan Kejohanan Futsal Jalanan VOCKET ‘3v3’.

“Fokus kami bukan sahaja untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menitikberatkan hidup sihat, tetapi untuk menghubungkan lagi VOCKET dengan pembaca di luar sana.

“Sebagai salah satu penyedia kandungan berita terkini sukan bola sepak dalam dan luar negara, kami berbesar hati ingin menjemput peminat setia bola sepak untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Bola Jalanan VOCKET ini nanti,” kata Saiful.

“Tiga pemain akan bermain pada satu-satu masa dan disebabkan ini kejohanan bola sepak jalanan, bola perlu berada di ‘ground’ sahaja dan bola tinggi paras pinggang adalah tidak dibenarkan.

“Bagi anda yang berminat untuk sertai, mudah sahaja. Layari laman web http://bolajalanan.vocketfc.com dan buat bayaran penyertaan sebanyak RM200 setiap pasukan (RM100 untuk penyertaan ‘early bird’). Perlawanan akan berlangsung secara 3 sebelah dan setiap pasukan boleh mendaftar maksima 5 orang pemain sahaja.

“Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai RM1,000 bersama 5 pingat emas, wang tunai RM700 bersama 5 pingat perak untuk naib juara dan RM400 bersama pingat gangsa untuk pemenang tempat ketiga.

“Selain itu, setiap pemenang turut akan menerima jersi edisi terhad VOCKET yang cuma dihasilkan sempena KJH sahaja. Pada setiap edisi KJH yang kami sertai tahun lalu, jersi yang kami hasilkan (berbeza rekaan di setiap lokasi) sangat terhad dan ia laris seperti pisang goreng panas.

“Tahun ini jika anda mahu jersi ini, anda perlu muncul sebagai juara atau menyertai aktiviti yang kami sediakan di KJH nanti.

Jadi jangan lupa untuk ke KJH 2023 Shah Alam nanti dan anda mungkin pemenang yang kami cari,” kata Saiful.

Kejohanan Bola Jalanan VOCKET ‘3v3’

• Terhad kepada 32 Pasukan
• Terbuka untuk semua (bermula dari usia 18 tahun ke atas)
• 1 pasukan = 3 orang pemain TERMASUK 2 pemain gantian
• Setiap pasukan digalakkan menghantar wakil
• Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 200 (setiap pasukan)
• Diadakan selama 2 hari (8.00 pagi – 6.00 petang)

Hadiah
Juara – Hadiah Wang Tunai RM1,000 + 5 Pingat Emas
Naib Juara – Hadiah Wang Tunai RM700 + 5 Pingat Perak
Tempat Ketiga – Hadiah Wang Tunai RM400 + 5 Pingat Gangsa

P/S: Yuran pendaftaran kini hanya RM100 setiap pasukan untuk penyertaan secara early bird! Klik di sini untuk mendaftar. All the best!