Semalam eGG network dengan kerjasama Umobile, Astro, PGL dan Imba TV bakal menganjurkan pertandingan Dota 2, The Kuala Lumpur Major yang merupakan pertandingan Major untuk Dota Pro Circuit.

Kejohanan ini juga telah mendapat sokongan dari Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kejohanan ini bakal berlangsung di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November depan. Sebanyak 16 pasukan antarabangsa akan bertanding untuk merebut wang hadiah terkumpul bernilai sekitar RM4 juta.

The Kuala Lumpur Major

Semasa di perasmian ini, Syed Saddiq menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kalangan peminat e-sukan terbesar untuk Asia Tenggara. Dengan minat dan sokongan terhadap industri e-Sukan, beliau berharap acara ini dapat membawa lagi arena e-Sukan ke peringkat seterusnya seperti hub e-sukan dan fasiliti yang dinyatakan oleh beliau sebelum ini.

Kejohanan The Kuala Lumpur Major akan bermula pada bulan ini untuk pusingan kelayakan dimana acara akhirnya akan berlangsung pada 16 hingga 18 November ini di Axiata Arena.

Sebarang pengumuman berkenaan pasukan yang akan bertanding akan diumumkan kemudian. Untuk harga tiket ia bermula dengan RM 180 kategori untuk Antients, RM 330 untuk Devine dan RM 600 untuk kategori Immortal.

Tawaran potongan harga 20% ditawarkan untuk pengguna UMobile bermula hari ini sehingga 16 September depan. Pengguna Astro pula boleh mendapat tawaran potongan harga 20% bermula 11 September hingga 16 September. Untuk maklumat lanjut tentang tiket, boleh tekan di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Kuala Lumpur Major pula, boleh tekan di sini. Sudah bersediakah anda untuk acara Dota terbesar negara ini?

The Kuala Lumpur Major Ticketing