Kejohanan Antarabangsa DOTA 2 yang pertama telah dilangsungkan pada tahun 2011 di GamesCom, Cologne. Kejohanan ini dianjurkan oleh Valve dan berlangsung selama 5 hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejutan yang amat besar adalah jumlah hadiah yang ditawarkan bernilai USD 1.6juta dengan menjemput 16 pasukan dari seluruh dunia yang layak ke peringkat akhir.

Penganjuran kejohanan ini telah menarik lebih ramai peminat untuk merasai sendiri betapa hebatnya aura DOTA 2. Kini jumlah pemain seluruh dunia telah melebihi ratusan juta orang.

Bukan Sekadar Permainan Video

Pada edisi 2011, pasukan NAVI telah menjulang piala kejohanan. Selepas itu setiap tahun akan muncul juara-juara baru. Memenangi pertandingan Dota 2 di Cologne bukan sekadar memperolehi gelaran sebagai juara dan piala besar yang berkilat sahaja.

dota 2 navi 2011

Juara turut membawa pulang hadiah berjumlah USD1,000,000 dan naib juara menerima US$ 250,000 dan selebihanya pula mendapat hadiah saguhati yang turut dianggap masih lumayan iaitu USD150,000 dan USD80,000.

Disini kita boleh lihat rekod-rekod jumlah wang yang ditawarkan kian meningkat setiap tahun.

dota result

Persediaan Kumpulan Bertanding

Peserta permainan ini haruslah memiliki kepekaan dan tindakan refleks yang tinggi dalam mengawal hero mereka. Selain itu, sesebuah pasukan memerlukan keserasian yang amat tinggi seperti komunikasi yang baik, kerja berpasukan dan strategi.

Biasanya setiap pasukan akan menghabiskan tiga hingga enam jam latihan setiap hari bagi memastikan pasukannya mencapai tahap keserasian 100%. Selain itu juga, pemain akan menghabiskan tiga hingga enam jam seterusnya bagi mengasah kemahiran mereka sendiri dalam latihan individu.

Kebanyakan pasukan-pasukan yang terkenal di dalam dunia DOTA 2 memiliki laman web mereka sendiri supaya perlawanan secara live mereka boleh ditonton oleh para peminat dari seluruh dunia. Dengan cara ini juga mereka mampu menambah dana kewangan mereka dari semasa ke semasa.

Pengulas Profesional

Uniknya kejohanan DOTA 2 ini ialah setiap perlawanan yang dianjurkan disertakan dengan pengulas profesional yang amat petah berkata-kata dalam mengulas perlawanan yang sedang berlangsung seperti kita sedang menonton perlawanan bola sepak.

Tugas pengulas adalah bagi membantu menggamatkan lagi keadaan di saat pertembungan sedang berlaku dengan strategi-strategi yang menarik dari kedua-dua belah pihak yang menyebabkan keterujaannya turut dirasai oleh peminat-peminat tegar DOTA 2.

Selain itu juga, tugas pengulas juga membantu pendatang baru bagi memahami apa yang sedang berlaku sewaktu perlawanan dan mengapa tindakan-tindakan tersebut diambil oleh setiap pasukan yang sedang bertarung.

Mengapa Dota 2 Sangat Menarik Dan Tidak Pernah Membosankan

Umumnya, format game DOTA 2 ini adalah dari pangkalan anda bersama dengan empat peserta yang lain dalam misi menghancurkan pengkalan Ancient pihak lawan.

Tetapi tidaklah mudah untuk menjayakan misi tersebut kerana sepanjang perlawanan akan keluar creeps pada setiap tiga laluan iaitu di bahagian atas, tengah dan bawah.

Hasil daripada pukulan terakhir ke atas creeps akan menghasilkan nilai emas kepada anda untuk membeli barang-barang yang diperlukan agar menjadi lebih kuat bagi menghadapi hero-hero dari pihak lawan.

Setiap kali anda membunuh pihak lawan mahupun creeps mereka, tahap anda akan dinaikkan dari satu tahap ke tahap yang lain sehinggalah mencapai tahap maksima iaitu tahap 25.

Setiap tahap akan membawa kepada perubahan yang ketara terhadap hero anda dari segi jumlah nyawa, kekebalan dan kekuatan mencederakan pihak musuh. Setiap pasukan akan cuba mempertahankan tiga menara setiap laluan mereka sebelum sampai ke pengkalan mereka. Itulah DOTA 2 secara ringkas.

DOTA 2 ini sangat menarik dan unik kerana permainan ini menjadi lebih efektif berdasarkan kepada bagaimana barang yang digunakan oleh hero anda, combo skills antara pemain dan cara mendapatkan emas dengan pukulan terakhir keatas creeps dengan tepat tanpa dibazirkan.

Kini permainan menjadi lebih menarik lagi apabila setiap 2 minit akan keluar runes emas di bahagian atas dan bawah menerusi sungai yang cetek di mana akan menambah emas anda dan menambah exp tahap anda.

Kejohanan Antarabangsa Dota 2 2016

dota 2 keyarena

Kejohanan Antarabangsa DOTA 2 2016 bakal berlangsung tidak lama lagi di Seattle untuk tahun kelima berturut-turut merangkap edisi yang keenam. Ini adalah tahun yang ketiga berturut-turut KeyArena menjadi venue rasmi kejohanan Antarabangsa ini.

Arena serbaguna di Seattle Center ini dengan berkapasiti lebih 17,000 orang. Nantikan aksi-aksi yang hebat dan memukau dari pasukan yang bakal bertanding dari setiap pelosok dunia.

Baca lagi tentang Dota di sini.