Dalam dunia serba moden, pengiklanan secara tradisional ataupun menggunakan kertas dan risalah dilihat agak susah untuk menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku di Seremban apabila sebuah syarikat penginapan atau resort berjaya menggunakan taktik baru untuk menarik pelanggan mereka dengan menggunakan kaedah yang mungkin dianggap lapuk oleh sesetengah generasi media sosial masa kini.

Melalui satu perkongsian yang dibuat pengguna Twitter, beliau berkongsi bagaimana syarikat itu mencetak risalah mereka menyamai dengan saman tempat letak kereta yang selalu dikeluarkan majlis-majlis perbandaran di negara kita.

“Selamat pagi kepada semua kecuali mereka yang membuat risalah kelihatan seperti saman tempat letak kereta adalah benda yang baik,” kongsinya di Twitter.

photo_2020-03-15_10-13-50

Risalah promosi itu memang dapat dilihat menyamai saman sebenar dikeluarkan oleh majlis perbandaran yang pada kebiasaannya diletakkan di antara ‘wiper’ dan cermin hadapan kereta.

Walaupun tindakan itu dilihat sedikit keterlaluan dan boleh mengakibatkan kejutan kepada pemilik dan pemandu kenderaan, namun ada juga netizen yang berpendapat ia adalah satu taktik yang bagus.

“Secara teknikalnya ia adalah idea yang bagus memandangkan anda memberi pemasaran percuma kepada mereka,” balas seorang netizen.

photo_2020-03-15_10-22-58

Manakala ada juga netizen yang memuji tindakan itu kerana ia membuatkan kita akan membaca promosi yang ditawarkan syarikat tersebut dan tidak terus membuangnya.

“Ia membuatkan anda membaca risalah tersebut. Jika ia direka bentuk dengan cara lain sudah pasti anda akan membuangnya tanpa membaca maklumat yang ditawarkan. Kan? ,” soal seorang lagi netizen di kiriman itu.

photo_2020-03-15_10-23-03

Bagaimana pula pendapat anda mengenai taktik ‘licik’ pihak resort ini? Adakah ia sesuatu yang ‘genius’ atau sebenarnya boleh menimbulkan panik dalam kalangan pemandu dan juga pemilik kereta sekiranya mereka melihat risalah ini di cermin kereta mereka?

Tahukah anda Kementerian Pengangkutan sebelum ini bercadang untuk menetapkan kadar insuran yang rendah sekiranya anda tidak menerima saman. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Pemandu Yang Tidak Menerima Saman Bakal Membayar Insuran Yang Rendah

Anda Bakal Disaman RM300 Jika Penumpang Tempat Duduk Belakang Tidak Pakai ‘Seat Belt’