Siapa saja tidak kenal dengan artis meningkat naik tanah air Naim Daniel yang baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu ke 34 dengan lagu hitsnya, Sumpah baru-baru ini.

Walaupun terpalit dengan beberapa isu yang kurang enak didengari seperti lagunya yang teruk dikecam dan ada pihak yang tampil menuntut hak cipta bersama untuk lagu Sumpah, Naim kekal tenang sebagai salah seorang penyanyi paling popular negara sekarang ini.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Terbaru, dalam satu kiriman di laman Instagram miliknya dia memuat naik satu video yang memaparkan dia melawat salah seorang peminatnya di hospital yang dikatakan menghidap kanser.

Persis bintang Hollywood dan pemain bola sepak terkenal yang melawat peminat-peminat cilik mereka di hospital, Naim juga sempat mendendangkan lagu kegemaran adik Nur Aimy Adriana dalam lawatan tersebut.

Lebih mengharukan, Naim juga kedengaran sempat mengubah sedikit liriknya untuk memasukkan nama Aina ke dalam lagu tersebut di hujung video tersebut.

Tindakan Naim yang hadir untuk memberi sokongan kepada adik tersebut yang kini sedang bertarung dengan penyakit kanser itu turut mendapat perhatian netizen yang juga bukan peminatnya sebelum ini.

photo_2020-02-23_10-26-03

Malah,rata-rata peminat yang menonton video tersebut turut terharu dengan sokongan yang ditunjukkan Naim kepada adik Nur Aimy. Walaupun hanya menonton persembahan tersebut melalui skrin telefon, namun mereka dapat merasai keihklasan ‘gesture’ Naim terhadap adik itu.

photo_2020-02-23_10-26-08 photo_2020-02-23_10-26-05

Peminat-peminat yang meninggalkan komen di kiriman tersebut juga tidak lupa mendoakan agar adik Nur Aimy dikurniakan kesembuhan dan turut meninggalkan pesanan-pesanan positif buatnya supaya tabah menghadapi dugaan.

photo_2020-02-23_10-41-28 photo_2020-02-23_10-41-26

Sudah pasti ‘gesture’ yang ditunjukkan Naim untuk melawat adik ini akan menguatkan lagi semangat adik ini untuk bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya sekarang.

Apatah lagi, dia bukan saja dapat mendengar Naim mendendangkan lagu Sumpah secara ‘live’ selepas tidak menghadiri AJL baru-baru ini kerana sedang menjalani rawatan ketika itu, tetapi dia kini juga mempunyai ramai rakyat Malaysia yang akan bersamanya dalam perjalanan ini dan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

Apa-apa pun good job! Naim Daniel. Mungkin artis-artis kita yang lain juga boleh mencontohi sikap Naim selepas ini dalam ‘menghiburkan’ peminat-peminat yang kurang bernasib baik walaupun sibuk dengan tugasan lain.

Lihat perkongsian kami sebelum ini mengenai Naim Daniel yang kekal tenang dalam pelbagai situasi yang melanda dirinya selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke 34 baru-baru ini. Klik pautan untuk membaca. 

Lihat Naim Daniel Secara Matang Bercerita Kisah Sebenar Di Sebalik Sumpah

Diperlekeh Azwan Ali, Naim Daniel Tenang Jawab Cacian Dengan Penuh Matang

Anda Mungkin Suka