Kek lapis Sarawak merupakan pemanis mulut yang terkenal dalam masyarakat di Sarawak. Tidak hanya terkenal sebagai hidangan di Sarawak, tetapi ia juga terkenal dalam kalangan orang Semenanjung Malaysia. Terbaharu, kek lapis Sarawak muncul dalam rancangan pertandingan terkenal ‘Great British Bake Off’.

Untuk pengetahuan anda, rancangan pertandingan ‘Great British Bake Off’ ini telah diadakan sejak tahun 2010 lagi dan telah melahirkan beberapa bakers yang berkebolehan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam episod terbaharu rancangan tersebut, ia mengetengahkan tema ‘Festival Week’ dan pastinya menguji peserta untuk menghasilkan hidangan yang unik diinspirasikan daripada pelbagai negara. Para peserta harus berjaya untuk mengagumkan para juri dengan kek lapis mereka.

Apa yang menarik perhatian apabila Paul Hollywood yang merupakan juri pertandingan tersebut cukup kagum dan mengatakan bahawa hidangan tersebut hidangan paling sukar dibuat dalam pertandingan itu. Mana tidaknya, hanya 4 jam diperuntukkan untuk mereka menyediakan hidangan itu.

Berikutan itu, rata-rata rakyat Malaysia berasa bangga kerana para peserta berjaya untuk menghasilkan kek tradisional Sarawak ini.

Ini merupakan satu promosi tidak langsung kepada negara kita Malaysia. Adakah anda juga berasa bangga apabila kuih lapis Sarawak muncul dalam rancangan tersebut?

Tahukah anda bahawa buah rambutan pernah muncul dalam drama bersiri Netflix? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen

Sumber