Semasa sambutan hari jadi Neelofa ke-27 baru-baru ini di JW Marriot Kuala Lumpur, masyarakat digemparkan dengan harga kek hari jadi bernilai RM6,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kek bertatahkan lebih 5,000 biji kristal swarovski di atas kek butter berperisa salted caramel cream itu dibuat oleh Putri Samihah Mohsin. Harganya diketahui orang ramai selepas melihat hashtag Neelofa di salah satu gambar yang dimuatnaik di Instagram – #kenyangtigaharimakankekenamribu

kek neelofa

Rentetan itu, ramai yang mahu tahu adakah kristal-kristal itu boleh dimakan atau tidak. Jika tidak boleh dimakan, bagaimana cara ia dimakan oleh Neelofa dan kawan-kawannya itu. Persoalan-persoalan itu dijawab oleh Putri di akaun Instagramnya.

Pemilik Instagram @butterflykek ini mendedahkan dia memerlukan masa selama 24 jam dari pembuatan kek 9 inci ini sehinggalah ke hiasan kek bagi memenuhi permintaan rakan Neelofa yang mahukan hiasan kristal dan bunga-bungaan di atasnya.

Lagu mana nak makan kek? Senang je, kopek fondant tuh, crystals ambik simpan basuh lepas tuh bubuh dekat baju raya 2016 Instagram @butterflykek

Dan lebih mengejutkan kristal-kristal itu tidak boleh dimakan. Wah! Ia benar-benar mewah dan memorable bagi mereka yang terlibat.

Kristal Yang Boleh Dimakan Wujud Di Pasaran

edible sugar

Sebenarnya edible crystals atau kristal yang boleh dimakan ada dijual di pasaran luar negara. Bukan itu sahaja, ada juga gam dan berlian yang boleh dimakan bagi tujuan hiasan kek. Harganya pun boleh tahan.

Saya tidak pasti pula dengan keberadaan benda-benda sebegitu di Malaysia ini. Jika anda tahu, mohon tulis di ruang komen di bawah ini.

crystal cake

Sesungguhnya penggunaan bahan-bahan ini akan meningkatkan lagi seri kek dan menyerlahkan kreativiti si pembuat kek. Ia kelihatan bersinar dan real, kristal, berlian dan seumpama dengannya telah diperbuat daripada isomalt iaitu pengganti gula semulajadi.

Edible-Jewels

Isomalt menjadikan batu permata dan kristal gula boleh dimakan dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna. Isomalt bersifat bebas gula dan rendah kalori berbanding gula biasa. Ia dibuat secara kimia dari sucralose.

Isomalt sesuai untuk pembuatan gula-gula kerana ia mewujudkan kelembapan dan itu menjadikan produk berasaskan isomalt lebih kalis kelembapan suhu persekitaran.

kristal

Pelbagai bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan bekas acuan yang pelbagai bentuk untuk mencipta mutiara, berlian atau kristal.

mold

Jika bekas acuan itu tahan dengan suhu tinggi, anda boleh gunakannya untuk mendidihkan gula atau campuran isomalt untuk membuat gula keras.

kek

Sungguh bling-bling dan menakjubkan apabila kek dihias dengan bahan-bahan yang seolah-olah realistik ini. Ia akan menarik perhatian orang yang melihatnya.