Sekali pandang pasti ramai yang tidak akan menyangka usia wanita dari Indonesia ini sebenarnya sudah mencecah 53 tahun. Malah jika melihat gambar bersama anak lelakinya, silap-silap ada yang terkeliru sama ada itu ibunya atau teman wanitanya.

Walaupun agak sukar untuk dipercayai, tetapi itulah usia dan status sebenar wanita yang dikenali sebagai Puspa Dewi ini yang menjadi antara topik perbualan hangat di media sosial dan laporan-laporan media dek kerana wajahnya yang awet muda walaupun sudah berusia.

photo_2020-12-03_12-48-06
Puspa Dewi yang kini berusia 53 tahun.

Sukar untuk mempercayai dakwaan yang berlegar di media sosial ini?

Tunggu sehingga anda melihat gambar beliau dan anak lelakinya yang dikongsikan di bawah (dan juga bersama cucunya). Telah berkahwin sejak 26 tahun lalu, suaminya kini difahamkan berusia 56 tahun manakala anaknya pula berusia sekitar 20-an.

photo_2020-12-03_11-42-29
Puspa Dewi bersama anak dan cucunya. Sumber Foto: Instagram PuspaDewiHC

“Ah, ini mungkin hanya trick kamera?”

Sabar. Lihat dulu gambar beliau ketika berusia 35 tahun dahulu bersama suaminya dan gambar terkini beliau bersama suaminya yang pasti mengubah fikiran anda.

photo_2020-12-03_11-50-34
Sumber Foto: Instagram PuspaDewiHC

Puspa dan suaminya menerusi perkongsian dibuat di portal Mothership Sg juga difahamkan mempunyai dua orang anak lelaki hasil daripada perkahwinan mereka dengan masing-masing kini berusia 23 dan 26 tahun.

Melihatkan kepada wajahnya yang tidak menggambarkan wanita berusia 50-an bukan sahaja boleh membuatkan kita keliru dengan usia sebenarnya tetapi akan turut tertanya-tanya apakah rahsia awet muda yang diamalkannya.

Jawapannya, mudah sahaja iaitu menjalani kehidupan yang sihat dan aktif melalui senaman Zumba dan juga menjaga pemakanan seharian seperti dilaporkan SAYS yang memetik CGTN.

photo_2020-12-03_13-06-14
Menjalani kehidupan aktif merupakan salah satu rahsia Puspa menjaga kecantikannya.

Jadi kepada anda yang berkira-kira untuk kekal muda dan kelihatan menawan di usia 50-an, mungkin anda boleh mengamalkan apa yang telah dikongsikan beliau ini.

Dengan melakukan aktiviti senaman dan menjaga pemakanan ini, kita juga bukan saja berkemungkinan dapat mengekalkan kecantikan tetapi apa yang pastinya dapat menjadikan kesihatan kita lebih terjaga dan mengelakkan daripada mendapat sebarang penyakit yang mungkin datang di kemudian hari.

Baca juga perkongsian semasa daripada kami mengenai apa yang berlaku ketika ini di media sosial melalui pautan di bawah. 

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

Lebih ‘Makan Garam’, Nasihat Pak Utih Di TikTok Ini Raih Perhatian Bakal Suami

Netizen Tukar ‘Hashtag’ Sokong Pendakwah Kepada Gambar Dan Video Artis K-Pop