Kecoh sebelum ini apabila pihak kerajaan mengumumkan untuk menawarkan Program Subsidi Petrol (PSP) yang disasarkan untuk meringankan beban golongan B40 di Malaysia pada 7 Oktober lalu.

Melalui kenyataan terbaharu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution, Program Subsidi Petrol bakal ditangguhkan sehingga diumumkan ke sebuah tarikh yang baharu.

Difahamkan penangguhan ini dibuat bagi memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat mengenai program PSP ini. Selain itu, pihak kerajaan ini bakal meneruskan dengan sistem sedia tanpa meneruskan pelan kenaikan minyak 1 sen setiap minggu sehingga 1 April 2020 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Kenyataan yang dibuat KPDNHEP ini sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya buat netizen sekaligus menyoal pendirian kerajaan mengenai keputusan yang dibuat. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai isu ini.

https://twitter.com/fahmi_za15/status/1211557117485670401

Pihak kerajaan juga sebelum ini pernah mengumumkan untuk menaikkan harga petrol sebanyak 1 sen seminggu sehingga April 2020 sebelum ditarik balik. Turut dikongsikan, apa yang perlu tahu mengenai perbezaan pemilihan RON pada minyak petrol.

Elak Harga Barang Naik, Petrol RON95 Akan Naik 1 Sen Setiap Minggu Bermula Tahun Depan

Tonton Penjelasan Penuh Lelaki Ini Mengenai Pemilihan RON Pada Minyak Petrol Kenderaan

Sumber