Penat-penat diet, senang-senang berat naik balik!

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Mesti ramai di antara kita yang fikir macam ini, bukan?

Kadang-kadang penat nak bermula kembali.

Jangan risau! Bukan anda seorang yang ada masalah sebegini.

Tidak ramai yang berjaya mengekalkan berat badan yang telah berjaya diturunkan dalam masa 6 bulan sehingga 1 tahun. Ini adalah kerana perubahan yang dibuat terlalu drastik atau cara penurunan yang ekstrim.

Di sini saya kongsikan sedikit cara-cara mengekalkan penurunan berat badan:

1, Sentiasa timbang berat badan. Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

2. Sentiasa rancang setiap meal kita dan jadikannya habit.

3. Buat senarai sebelum pergi membeli-belah.

4. Fokus kepada PROSES, bukan HASIL!

5. Buat weight training. Bila kita hilang berat badan, BMR akan turun sekali. Cara untuk kekalkan BMR adalah dengan membina otot (muscle). Jadi, berat badan kita susah naik balik.

6. Makan bilangan meal yang sama setiap hari, contohnya makan 4,5 atau 6 kali supaya kita tidak didatangi cue of hunger.

7. Lakukan rutin senaman yang kita sentiasa boleh buat walaupun bersendirian.

8. Berfikir seperti juara! Anda telah melakukannya dulu, anda perlu teruskannya sebab juara sebenar bukan mereka yang turun banyak tetapi mereka yang belajar daripada proses penurunan berat badan itu sendiri.

9. Reward yourself. Berikan hadiah kepada diri sendiri. 90% enjoyment, 10% makanan.

10. Letakkan gambar anda dulu di pintu peti sejuk. Anda mungkin nampk kurus di luar tetapi sebenarnya anda dipenuhi sel-sel lemak yang hanya menunggu masa untuk membesar kembali. Sel lemak tidak hilang, ia hanya mengecil.

Semoga berjaya semua. Jangan sia-siakan usaha anda yang telah pergi sejauh ini.

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Khairul Azuan. Dietitian. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group