Bunyinya mungkin agak mengelirukan namun itulah yang berlaku di Pahang apabila seorang orang kena tahan (OKT) wanita dilarikan ketika dalam perjalanan pulang ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Menurut laporan Harian Metro, wanita terbabit yang ketika itu diiringi polis wanita bertugas bertindak meloloskan diri ketika sedang dibawa naik ke lori polis dengan bantuan kekasihnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Teman lelakinya yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berwarna hitam dikatakan datang arah belakang polis dan terus berhenti di tepi wanita terbabit.

“OKT wanita itu kemudian melompat ke atas motosikal dan penunggang (motosikal) terus memecut laju meninggalkan perkarangan parkir mahkamah.

“Dia melarikan diri dalam keadaan kedua tangannya masih bergari,” jelas Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed.

Pihak polis bagaimanapun menurut beliau telah berjaya mengenal pasti teman lelaki wanita itu difahamkan berasal dari Kampung Pulau Kabong Budu, Benta, Lipis dan sedang giat mengesan kedua-duanya.

OKT terbabit yang berusia 23 tahun itu dan berasal dari Kampung Ulu Lepar Dong, Raub sebelum itu dituduh di Mahkamah Sesyen Raub di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1) ADB 1952.

Baca juga kisah sebenar banduan ini yang mencuri perhatian di media sosial baru-baru ini dengan video TikTok yang dihasilkan netizen di pautan di bawah. 

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial

‘Hampir Meroyan Lahirkan Anak Di Penjara’- Tonton Luahan Pilu Banduan Akhir Ini

Sumber