Siapa sangka, bermula dengan menghasilkan sebuah media sosial untuk kegunaan sendiri bersama-sama rakan telah membuatkan beliau menjadi billionaire serta dikenali orang ramai seluruh dunia.

Lebih hebat, Mark Zuckerberg pada usia 36 tahun kini berjaya menyertai kelompok centibillionaire bersama Jeff Bezos dan Bill Gates selepas berjaya mencapai kekayaan melebihi $100 bilion (RM419 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
getty_961740582_2000133320009280167_386067
Sumber: Inc

Difahamkan kerja keras beliau membangunakn media sosial ini seterusnya menjadi platform untuk kegunaan ramai ini bermula sejak beliau berusia 19 tahun lagi. Pemilikan saham sebanyak 13% dalam syarikat serta menjadi CEO kepada syarikat Facebook antara yang membuatkan beliau lebih terus kaya.

Selain itu, Facebook pada minggu ini turut melancarkan fungsi terbaru di Instagram iaitu Reels sebagai usaha untuk mencabar kemaraan TikTok. Memiliki 3 bilion pengguna serta penggunaan orang ramai yang meningkat sejak pandemik melanda turut meningkatkan saham Facebook sebanyak 30% pada tahun ini.

1_ITul174LDJlbXzzbNuXPJA
Sumber: Medium

Sebagai rekod, pada minggu iaini Mark Zuckerbeg dan Jeff Bezos masing-masing menerima $7 bilion RM29.31 dalam pada minggu ini. Kekayaan Mark Zuckerberg telah meningkat sebanyak $22 bilion (RM92.12 bilion) manakala kekayaan Jeff Bezos selaku manusia terkaya dunia telah meningkat sebanyak $75 bilion (RM314.06 bilion).

Tahun ini turut menyaksikan Mark Zuckerberg rugi RM30 bilion dalam tempoh yang singkat. 

Bagaimana Mark Zuckerberg Rugi RM30 Bilion Dalam Masa Yang Singkat?

Facebook Habiskan RM100 Juta Untuk Tanggung Kos Hidup Mark Zuckerberg

Sumber