Sepanjang menempuh pandemik, dapat dilihat individu yang berjaya meningkatkan jumlah aset dan terdapat juga sejumlah besar yang mengalami kehilangan kerja serta pendapatan berikutan wabak COVID-19 yang menimpa.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 menyaksikan kekayaan kolektif bagi 50 individu ini meningkat sebanyak $90 bilion (RM381 bilion) pada tahun ini selepas mencatatkan penyusutan selama dua tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ezgif-3-e713bfb976a4
Sumber: SCMP

Tan Sri Robert Kuok yang menerajui empayar hartanah dan komoditi kekal sebagai Individu Terkaya Malaysia dengan kekayaan sebanyak $12.2 bilion (RM50.3 bilion). Beliau juga merupakan individu tertua yang berada dalam senarai dengan usia 97 tahun.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong pula kekal berada di tempat kedua dengan kekayaan sebanyak $9.6 bilion (RM39.58).

Selain itu, senarai yang dikeluarkan turut menampilkan lima individu baharu. Kuam Kam Hon dan Lim Wee Chai daripada syarikat Hartalega Holdings dan Top Glove di mana masing berada dalam kedudukan 10 terbaik berikutan permintaan tinggi sarung tangan seluruh dunia sewaktu pandemik.

08114628-forbes-tan-eng-kee-1_article_1920x1200
pengasas Mr D.I.Y. Group Tan Yu Yeh. Sumber: Tatler Malaysia

Tan Yu Yeh dan Yu Wei daripada syarikat Mr D.I.Y. Group berjaya menduduki tempat ke-10 dengan kekayaan sebanyak $2.7 bilion.

Dalam pada itu, dilaporkan tujuh individu yang berada dalam senarai tahun lalu gagal berada dalam senarai tahun ini termasuk Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun daripada syarikat AirAsia. Keadaan pandemik yang berlanjutan secara tidak langsung membuatkan industri penerbangan gagal beroperasi dengan baik. Ketahui lebih lanjut mengenai senarai yang dikeluarkan Forbes ini dengan klik di sini.

Pengasas Tiktok dan Elon Musk dilaporkan antara individu yang berjaya berada senarai individu terkaya dunia sejak pandemik melanda.

Berjaya Miliki RM247.56 Bilion, Pengasas TikTok Kini Tersenarai Antara Individu Terkaya Dunia

Manusia Terkaya Di Dunia Elon Musk Mahu Sedekah RM400 Juta, Berikut Adalah Syarat-Syaratnya