Nota Editor: Penjelasan tentang prosedur bersalin di hospital dan salah tanggapan di kalangan sesetengah wanita yang bakal bersalin ini telah dikongsikan di laman Facebook Amir Arza, seorang pelajar perubatan tahun akhir dari Volgograd State Medical University, Rusia. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Semoga ia memberi manfaat terutama buat para ibu yang bakal bersalin.

kekeliruan-prosidur-bersalin-di-hospital

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →

Ada orang tertanya-tanya kenapa kena pasang jarum pada tangan mommy yang nak bersalin apabila masuk hospital? Tak pasang tak boleh ke? Sakit tau tak. Tak selesa kami nak bersalin dengan naturalnya!

Kami ini ibu mengandung yang low risk kata mereka. Kami nak bersalin di hospital tapi kami tak mahu doktor sentuh kami dengan procedure yang bukan-bukan yang kononnya mengganggu proses gentlebirth segala bagai. Tak mahu pasang jarum/branula pada tangan! Tak mau buat Vaginal Examination! Tak bersetuju dengan penggunaan mesin CTG dan lain-lain kerana katanya mengganggu proses beranak natural ni.

Mai saya cerita kongsi ilmu serba sedikit khas buat kawan-kawan yang nak bersalin di rumah/yang anti sangat bersalin di hospital ini. Hehehe.

Natural delivery (per vaginal/bersalin normal orang kampung panggil baby keluar ikut pintu kot kalau saya tak silap) adalah pilihan terbaik untuk bersalin. Di hospital pun sememangnya doktor kalau boleh nak conduct natural delivery untuk semua wanita yang layak maksudnya jika tiada sebarang halangan yang membahayakan si ibu dan baby.

Caesarean section (lahirkan baby melalui pembedahan) disarankan oleh para doktor jika ada halangan contohnya baby breech presentation/kaki di bawah (ini pun sesetengah jenis breech presentation boleh natural sebenarnya cuma sedikit berisiko), big fetus (baby terlalu besar kita takut kalau lahir natural boleh bahaya pada ibu.

Ada risiko untuk laceration of vagina/terkoyak. (Takut juga baby tersangkut), contracted pelvis (diameter pelvis tak normal/kecil dari sepatutnya baby akan tersangkut jika natural delivery), ada scar/parut pada rahim sebab pernah beranak operate dulu-dulu (kita takut kalau natural birth ada risiko rahim terkoyak boleh membahayakan si ibu dan baby), eclampsia, somatic disease of mother dan macam-macam lagi. Senang cerita bukan saja syok-syok doktor nak buat operate keluarkan baby. Hehe.

tiub vranula

Kenapa pasang JARUM (sebenarnya tiub tapi tak apa orang suka panggil jarum)/BRANULA macam dalam gambar tu?

Amboi dia tanya ini nak senangkan siapa ni? YES memang nak senangkan para doktor, senangkan nurse! Akan tetapi motif utamanya adalah demi nyawa si ibu dan baby dalam perut. Pemasangan jarum pada tangan ini kita buat pada ibu yang masuk hospital untuk bersalin sebagai langkah berhati-hati.

Kita tak tau apa akan terjadi masa ibu tengah bersalin. Ya betul mungkin semua ok tak ade masalah dari awal proses kelahiran sampai baby keluar dan sampailah uri/placenta keluar. Cuma seperti saya katakan semasa proses beranak macam-macam boleh terjadi dengan sekelip mata.

Proses bersalin harus dipandang serius. Golongan-golongan macam mereka-mereka ini selalu cakap kami ini low risk, kami bukan high risk. Haaa itu mereka silap! Sebabnya semasa proses bersalin sebarang kemungkinan boleh terjadi dari yang low risk boleh bertukar ke high risk dalam sekelip mata! Ya saya ulang dalam SEKELIP MATA!

Saya bagi contoh yang mudah. OK doktor conduct natural delivery. Baby selamat dilahirkan semua OK. Mama pun OK. Uri pon dah keluar. Tetiba benda tak elok nak jadi. Takdir Allah pendarahan tak mahu stop (banyak sebab sebagai contoh uterine atony/rahim berhenti contract sekaligus gagal mengecilkan saluran-saluran darah di dalam rahim, akibatnya pendarahan berterusan keluar).

Dalam ilmu perubatan kita panggil post-partum haemorrhage (post-partum bleeding). Benda ni boleh jadi dalam sekelip mata walaupun sebelum-sebelum ini si ibu selalu pergi check bulanan semua OK tak ade masalah. Kira sihat la orang kata kan hehe. Pendarahan yang banyak tak mahu henti adalah perkara yang doktor sangat takut.

Jadi time-time emergency macam ni la doktor akan masukkan ubat untuk tingkatkan contraction rahim melalui jarum yang doktor dah masukkan siap-siap kat tangan ibu tu. Semuanya untuk selamatkan nyawa si ibu bukan saja-saja syok-syok buat macam itu. Kalau darah bnyak sangat keluar mungkin blood transfussion akan diberi pada ibu melalui jarum di tangan tu juga.

Kenapa tak pasang jarum tu bila nak masuk ubat je? Ini kerana untuk pengetahuan semua bila kita kehilangan banyak darah sangat susah nak masukkan jarum tu dalam salurah darah sebab urat-urat darah kita akan mengecut kecil atau dalam bahasa perubatan kita panggil vein collapse.

Bayangkan ibu dah berdarah teruk sangat, kena buat blood transfussion tapi dok cuba cucuk jarum dalam urat darah tak masuk-masuk sebab susah dah time tu. Apa akan terjadi? Ini sangat membahayakan nyawa si ibu. Boleh membawa maut.

Biar sakit sedikit time nak bersalin. Biar rimas tak selesa sikit sebab jarum di tangan time tengah bersalin tapi nyawa ibu dapat kita selamatkan insyaAllah.

Sekiranya berlaku post-partum bleeding sebenarnya doktor ada teknik-teknik yang akan dilakukan. Bukan terus blood transfussion. Itu saya cuma bagi contoh.

Kalau kes terlalu teruk doktor akan mulakan dengan teknik yang kurang invasive ke invasive seperti urut rahim, nipple rub, ballon tamponade, beri ubat untuk tingkatkan contraction rahim. Next step kalau still tak stop kita ada b-lynch stitch, ligation internal iliac artery dan lain-lain lagi.

Paling ganas pun klaau semua cara dah buat tak berhenti juga darah pilihan terakhir hysterectomy (buang rahim. Sedih memang sedih tapi ni aja cara nak selamatkan nyawa ibu).

ctg

CTG?

Ini pun bukan syok-syok pasang. Bertujuan nak check kondisi baby di dalam rahim (degupan jantung baby, pergerakan) dan check kondisi contraction rahim ibu semasa bersalin (nak tahu contract normal atau lemah).

Kita takut kalau-kalau baby hypoxia/ baby tak cukup oxygen ke bahayakan nyawa baby. Jadi dengan bantuan mesin CTG doktor boleh plan macam mana cara untuk conduct delivery tu kalau baby hypoxia sama ada menggunakan bantuan forcep ataupun C-section ataupun lain-lain cara. Semuanya bertujuan untuk selamatkan baby n mommy.

epidural

EPIDURAL ANAESTASIA/ubat tahan sakit?

Di hospital benda-benda ini sememangnya bukan di galakkan oleh para doktor. Cuma jika atas permintaan si ibu baru diberikan bertujuan untuk kurangkan rasa sakit semasa bersalin. Jangan risau doktor tak bagi sesuka hati. Anda nak kami bagi. Tapi kami lebih suka kalau si ibu tak ambil biar dia rasa sendiri original feeling orang kata bersalin ini. Hehehe.

Konklusinya saya nak cakap di sini natural delivery adalah yang terbaik. Para doktor memang menggalakkan natural delivery. Intervention-intervention yang dilakuan pada si ibu seperti pasang jarum pada tangan siap-siap, pasang mesin CTG semua bertujuan untuk memastikan baby dilahirkan selamat dan ibu pun selamat. Bukan syok-syok pasang. Bukan saja-saja nak ganggu natural delivery tu. Doktor tetap conduct natural delivery cuma kita buat sedikit manipulasi (pasang jarum/CTG) untuk langkah berjaga-jaga kalau ada komplikasi secara mengejut. Semua bertujuan untuk selamatkan nyawa baby dan ibu insyaAllah.

Nak bersalin di mana-mana pun tak apa sebenarnya. Kat rumah pun boleh, hospital pun boleh. Kita sama-sama doakan semua yang terbaik semasa proses bersalin. Tepuk dada tanya diri sendiri di mana anda nak bersalin?

Namun begitu, saya sarankan bersalin di hospital adalah lebih baik kerana bersalin merupakan suatu perkara yang perlu dianggap serius kerana semasa proses bersalin, sebarang komplikasi yang tak diingini/tanpa diduga sememangnya boleh terjadi kepada mana-mana si ibu walau pun si ibu tersebut dikirakan berada di dalam golongan low risk (atau dalam kata yang lain ibu mengandung ini sihat berdasarkan rekod pemeriksaan sebelum ini). Ingat semasa bersalin from low risk boleh berubah ke high risk dalam sekelip mata.

Sekurang-kurangnya di hospital para doktor dan medical team yang lain termasuk nurse dengan ilmu perubatan dan kelengkapan yang ada boleh berusaha menyelamatkan nyawa baby dan si ibu sekiranya berlaku kecemasan/komplikasi.

Diharapkan para wanita tidak berasa takut untuk bersalin. Bersalin bukannya penyakit. Post ini bukan bertujuan untuk menakutkan sesiapa. Kita doakan yang terbaik untuk semua proses bersalin. Kita doakan agar tiada sebarang komplikasi berlaku semasa bersalin. Sekurang-kurangnya kita berusaha yang terbaik. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Saya sekadar berkongsi ilmu serba sedikit yang saya tahu. Hehe.

Mohon maaf jika ada salah silap. Terima kasih kerana sudi membaca. Hehehe peace.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka