Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pembukaan semula pintu sempadan mulai 1 April 2022 mengikut protokol yang telah ditetapkan dan pengumuman tersebut disambut baik ramai pihak.

Terbaharu, Malaysia Airlines komited dan berusaha untuk meningkatkan kadar kekerapan penerbangan ke laluan utama Kuala Lumpur-London kepada 11 kali seminggu mulai 27 Mac 2022 ini. Malah, dijangka perkhidmatan harian berganda penuh setiap hari bakal kembali mulai 1 Julai dan seterusnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, selepas hampir 24 bulan penerbangan digantung kerana penutupan sempadan kedua-dua negara, Malaysia Airlines akan turut mengembalikan perkhidmatan komersial berjadual ke India iaitu New Delhi, Bangalore, Mumbai, Chennai dan Hyderabad.

Menurut Malaysia Airlines, penerbangan ke Thailand juga akan dipertingkatkan selepas Thailand melonggarkan syarat kemasukan bagi pengembara antarabangsa yang mendapat vaksin sepenuhnya.

Untuk Bangkok, kapasiti akan dipertingkatkan daripada tujuh kali seminggu kepada 14 kali seminggu dan ke Phuket daripada sekali seminggu kepada tiga kali seminggu.

Selain itu, Malaysia Airlines juga mula terbang ke Bali dengan penerbangan sekali seminggu bermula 11 Mac 2022. Malah, pelanggan yang divaksin sepenuhnya yang melancong ke Singapura boleh terus menikmati skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, memberikan mereka kemudahan akses tanpa kuarantin.

Penerbangan yang diadakan semula ke Australia baru-baru ini juga akan menyaksikan pertambahan kepada tujuh kali seminggu ke Sydney dan lima kali seminggu ke Perth berikutan permintaan yang stabil untuk perjalanan ke sana.

Sementara itu, kami kongsikan tips beli tiket penerbangan dengan harga murah pada pautan di bawah ini.

7 Tip Beli Tiket ‘Flight’ Murah Melalui ‘Online Travel Agent’ Di Skyscanner

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

Ini Kad Dengan Tukaran Wang Asing Terbaik Yang Anda Perlu Ada Sekiranya Ke Jepun

Sumber