Sebelum ini, netizen mendakwa harga yang cekik darah pengunjung antara punca Langkawi sepi tanpa kehadiran pelancong dan ramai orang memilih ke Thailand untuk melancong.
Menurut laporan, kegagalan untuk mendapatkan tiket feri dipercayai menjadi punca pelancong membatalkan tempahan bilik di Langkawi sekaligus ia menjejaskan kedatangan pelancong.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Difahamkan, perjalanan feri sebanyak 12 kali sehari kini telah dikurangkan kepada lima sahaja sekarang. Malah, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) melahirkan kebimbangan apabila menerima hampir 20 aduan setiap hari daripada ahlinya termasuk dengan industri pelancongan lain di situ.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainudin Kadir, pihaknya merekodkan pembatalan sebanyak 29% sehingga 3 Oktober lepas bagi tempahan sepanjang cuti panjang hujung minggu sehingga Isnin itu.
“Orang sudah malas untuk ke Langkawi, banyak yang memilih untuk ke Cameron Highlands atau Hatyai, itu realiti sebenarnya,” kata Zainudin.
Tambahnya, itu satu masalah besar yang menyelubungi industri pelancongan Langkawi dan perlu ditangani segera oleh agensi dan kerajaan.
“Sempena cuti Maulidur Rasul ini, tempahan banyak diperoleh di sekitar Pantai Cenang sahaja sementara di kawasan lain termasuk pekan Kuah masih lengang.
Malah, Zainudin berkata selain memperbanyakkan jadual perjalanan feri, pihaknya berharap lebih banyak lesen diberikan kepada pengusaha luar yang berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan laut itu.