Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Anda mesti pernah dengar tentang Pulau Kucing di Jepun sebelum ini kan? Aoshima, sebuah pulau yang agak terpencil di mana ianya terletak 13.5km dari Nagahama Bay. Pulau di selatan Jepun ini mempunyai beratus ekor kucing dan nisbah kucing-kucing ini kepada penduduk setempat adalah 6 ekor kucing kepada 1 orang penduduk. Meow!

Disebabkan pulau itu kini dilanda masalah cuaca, penduduk setempat mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan kucing kerana perkhidmatan kapal tergendala disebabkan cuaca buruk. Jadi, salah seorang pemilik kucing di Aoshima menggunakan Twitter untuk meminta bantuan.

“Tolong hantar makanan kucing ke Aoshima. Tiada makanan kucing di bandar Aoshima ini. Kami bergantung kepada bot untuk membeli makanan mereka di tanah besar. Tetapi angin yang kuat ketika musim sejuk ini membuatkan sistem bot kami tergendala,” tulisan pemilik kucing itu di Twitter.

Beberapa hari kemudian, pulau itu dipenuhi dengan lambakan makanan kucing hasil derma orang ramai yang simpati dengan kejadian itu. “Tolong berhenti menghantar makanan kucing kepada kami. Kami menerima terlalu banyak bantuan dan tiada tempat lagi untuk menyimpan stok makanan kucing ini. Kami boleh survive sampai bulan April. Terima kasih semua,” jawab salah seorang residen pulau itu. Geram betul tengok kucing pulau Aoshima ni. Gigit karang.

cat-island-japan-tweet-food-donation-aoshima-5

cat-island-japan-tweet-food-donation-aoshima-7

cat-island-japan-tweet-food-donation-aoshima-10

cat-island-japan-tweet-food-donation-aoshima-19

cat-island-japan-tweet-food-donation-aoshima-9

cat-island-japan-tweet-food-donation-aoshima-11

cat-island-japan-tweet-food-donation-aoshima-17

"Dah kenyang, tido!"

“Dah kenyang, tido!”

Anda Mungkin Suka