Kekurangan tenaga kerja dari Bangladesh untuk sektor perladangan telah mengakibatkan kerugian mencecah RM1 bilion setiap hari, lapor Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) yang turut menyeru agar kerajaan terutama Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dapat meluluskan kemasukan pekerja asing secepat mungkin.

Memetik laporan Awani, difahamkan bahawa sektor ekonomi yang paling terjejas ialah sektor perladangan di mana menurut kenyataan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada bulan Feburari 2022, sebanyak RM1 bilion hilang setiap hari di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ekoran daripada itu, banyak pekebun pekebun kecil Bumiputra telah mengalami kerugian yang amat besar kerana kekurangan pekerja yang sesuai untuk menjalankan aktiviti memotong dan mengutip buah kelapa sawit.

“Ini kerana buah kelapa sawit tidak dapat dituai mengikut masa yang sepatutnya akibat kekurangan pekerja asing yang telah pulang ke negara mereka dalam tempoh tiga tahun lalu,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan telah mengadakan lawatan serta mesyuarat pertama Kumpulan Kerja Bersama (JWG) ke Bangladesh bagi membincangkan isu terbabit.

PAPSMA turut mencadangkan agar peluang membawa masuk pekerja harus diberikan kepada semua ahli Pertubuhan Ejen Rekrutment Antarabangsa Bangladesh (BARIA) dan mengharapkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dapat melihat isu itu agar diselesaikan sekali gus memudahkan pemain industri merancakkan lagi ekonomi domestik.

Untuk rekod, negara berdepan kekurangan melebihi 2 juta pekerja asing dalam pelbagai sektor khususnya perladangan, pemnbuatan, perkhidmatan dan sektor 3D (Kotor, Bahaya dan Sukar).

Ribuan pekerja Bangladesh tunjuk perasaan di Dhaka desak mahu pulang ke Malaysia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Perasaan Di Dhaka, Desak Mahu Pulang Ke Malaysia

Kanak-Kanak Kecil Hanya Dibayar RM35 Sebulan Untuk Kerja Berat Di Bangladesh

Konflik Kemanusiaan, Bangladesh Halang Kapal Bawa Pelarian Rohingya Daripada Berlabuh