Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan program pengambilan khas secara one-off melibatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di negara ini terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, iklan pengambilan khas tersebut akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021 dengan penempatan secara berperingkat bermula pada Oktober 2021.

Tambahnya, antara mata pelajaran berdepan masalah kekurangan guru yang tinggi melibatkan peringkat sekolah rendah ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

MB221116KH004
Gambar hiasan. Sumber: Extra

Manakala bagi peringkat sekolah menengah melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Cabaran utama pengambilan guru disebabkan daripada kekurangan calon guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) selain ketidakpadanan opsyen mata pelajaran tertentu dengan kekosongan semasa. Malah, pendekatan baharu bakal digunakan dalam pengambilan kali ini iaitu berdasarkan kluster opsyen mata pelajaran selain menerapkan kepelbagaian dalam kaedah pelantikan.

Difahamkan, pengambilan khas guru itu adalah satu usaha bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP) selepas ketiga-tiga pihak meneliti serta mengenal pasti kekangan dan pendekatan yang boleh diambil bagi merapatkan jurang kekurangan guru sedia ada bagi memastikan ia tidak berlaku lagi di masa depan.

Ketika ini, murid sekolah yang terpaksa menjalani sesi PdPR di rumah mengalami pelbagai dugaan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Belajar Atas Tanah Untuk Sesi PdPR

Angkara Telefon YES Meletup, Xiaomi Hadiahkan Pelajar Ini Redmi Note 10 5G Bagi Tujuan PdPR

Sesuai Bagi Tujuan PdPR, Ini Tablet Terbaik Pilihan Kami Di Bawah RM600

Sumber