Saya mahu kongsikan kisah sebuah kelab bola sepak yang nun berada jauh di luar negara untuk dijadikan satu motivasi dan inspirasi bagi kita di sini. Ia adalah sebuah kisah rare yang telah membuktikan kelab kecil juga berjiwa besar.

Walaupun Leicester City FC merupakan sebuah kelab bola sepak yang kecil dan mempunyai modal kewangan yang terhad, ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk meraih sebuah kejayaan yang besar di dalam arena sukan bola sepak Inggeris.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini kisah ringkas bagaimana Leicester City FC bangkit meredah big teams yang lain untuk memastikan mereka berjaya dalam merealisasikan impian berada di puncak tertinggi di dalam kedudukan Liga Perdana inggeris.

Claudio Ranieri

Pada 13 Julai 2015 yang lalu, pengerusi kelab Leicester City FC telah mengumumkan perlantikan Claudio Ranieri sebagai pengurus kelab itu dengan ikatan kontrak selama tiga tahun. Pengerusinya juga turut mengakui bahawa pihaknya tahu kelab yang dimilikinya adalah kecil dan mempunyai kekurangan dari pelbagai aspek.

Kredit: Plumb Images
Kredit: Plumb Images

Namun, kehadiran Claudio Ranieri telah mengubah segala lanskap perjalanan sebuah kelab kecil di dalam persaingan Liga Perdana Inggeris. Beliau menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna sebagai seorang pengurus kelab bola sepak dengan berusaha merealisasikan misi mustahil bagi Leicester City FC ini.

leicester sunderland

Debut pertama beliau adalah kemenangan 4-2 Leicester City FC ke atas Sunderland. Selepas itulah keajaiban terus berlaku di mana jaringan gol setiap perlawanan sepanjang 17 perlawanan pertama mereka menyebabkan mereka kelihatan kuat dan telah menyaksikan kelab kecil ini menduduki puncak Liga Perdana inggeris pada Krismas yang lalu.

jamie-vardy_1

Penyerang mereka iaitu Jamie Richard Vardy atau lebih dikenali sebagai Jamie Vardy telah memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris dengan mencipta rekod baru apabila berjaya menjaringkan 11 gol pada 11 perlawanan secara berturut-turut.

Sebelum ini nama Jamie Vardy langsung tidak dikenali dan tidak pernah disebut oleh mana-mana media bola sepak dunia mahupun pegawai pencarian bakat dari kelab-kelab ternama seperti Real madrid dan Barcelona.

https://youtu.be/yP_Nfcu8jyo?t=8s

Kini, beliau gah dengan sentuhan magiknya sehingga namanya sering meniti di bibir-bibir jurulatih dan pengerusi kelab ternama dunia dan sering juga mendapat pujian melangit oleh pakar pemerhati bolasepak.

Bagi saya musim ini adalah sangat menakjubkan kerana pada musim lepas kelab kecil ini tidak dikenali dan berstatus underdog kerana ia baru dinaikan ke Liga Perdana Inggeris dari Liga Kejuaraan.

Ketika itu, permulaan kelab kecil ini sangat hambar dan menduduki tempat ke-19 di dalam zon penyingkiran tetapi mereka terselamat setelah berjaya menduduki tempat ke-14 yang membolehkan mereka terus bersaing di dalam liga berprestij ini.

Pada musim ini pula, mereka juga sedang bergelut dalam merebut tempat di dalam liga bola sepak. Tetapi mereka bukan bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran liga, mereka bergelut dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Berbekalkan pengalaman Claudio Ranieri yang luas sebagai pengurus kelab ternama seperti kelab Napoli, Valencia, Atletico Madrid, Chelsea, Parma, Juventus, Roma, Inter Milan dan Monaco, saya yakin beliau akan memastikan kelab Leicester City FC terus konsisten bagi menghadapi 6 baki perlawanan liga.

Ini bermakna mereka berpeluang untuk merangkul piala Liga Perdana Inggeris musim ini, sekaligus melayakkan mereka untuk mewakili negara England dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Semoga usaha mereka akan menemui kejayaan mutlak dan menjadi salah satu kuasa besar yang baru dalam mendominasi Liga Perdana Inggeris mahupun Eropah yang mampu bersaing setanding dengan kelab-kelab besar Eropah yang lain.