Sekiranya anda sedang mencari telco terpantas mungkin Maxis antara yang boleh anda pertimbangkan berdasarkan kajian data terbaru daripada OpenSignal.

Berdasarkan laporan terbaru, Maxis berjaya menjadi telco dengan kelajuan 4G tertinggi secara purata berbanding beberapa telco lain sepanjang enam bulan terakhir ini. Telco Yes pula muncul sebagai tempat kedua berdasarkan ujian daripada OpenSignal.

maxis-just-gave-its-users-an-additional-10gb-for-all-postpaid-plans-world-of-buzz-5
Sumber: worldofbuzz

Difahamkan ujian yang dibuat ini telah dijalankan sekitar Kuala Lumpur. Sekiranya anda berada di luar kawasan Kuala Lumpur kemungkinan keputusan yang diterima agak berbeza.

Selain itu, telco-telco lain seperti Celcom dan Unifi turut menunjukkan peningkatan kelajuan 4G sepanjang enam bulan terakhir ini. Anda sebagai pengguna Maxis, adakah anda berpuas hati dengan servis yang ditawarkan dengan telco ini?

Baca lagi: Sarawak Dijanjikan Internet Dengan Kelajuan 2 Tbps Lima Tahun Daripada Sekarang

Sumber