Perkhidmatan jalur lebar di Malaysia kini 40% lebih rendah, manakala purata kelajuan telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh satu tahun, lapor The Malaysian Reserve.

Satu kajian yang dilakukan oleh Bank Dunia mendapati faktor kepada peningkatan kelajuan dan penurunan harga adalah berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Harga Akses (MSAP) yang menjadikan pembekal utama lebih kompetitif selepas pembaharuan kawal selia berlaku di bawah MSAP.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Ahli ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia Dr Richard Record berkata satu kajian mendapati bahawa harga jalur lebar di Malaysia telah jatuh sebanyak 44% dalam setahun dengan lebih banyak syarikat boleh mengakses infrastruktur yang tersedia di negara ini.

MSAP, yang dilaksanakan pada bulan Jun 2018 adalah salah satu mekanisme bagi mengawal harga dan perkhidmatan Internet alternatif untuk mengakses kapasiti jalur lebar yang disediakan oleh Telekom Malaysia Bhd (TM).

Menurut laporan Bank Dunia yang diterbitkan pada bulan Jun, harga pelan jalur lebar untuk kelajuan lebih satu Gbps turun lebih 40% berbanding tahun lepas, dari RM399 kepada RM224.

Laporan itu menyatakan bahawa menjelang Mac tahun ini, purata kelajuan jalur lebar tetap Malaysia telah meningkat lebih dari 300% dalam tempoh lebih setahun, dari 22.2 Mbps hingga 67.2 Mbps untuk Internet tetap.

Berikut adalah artikel lain mengenai jalur lebar yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Samsung Sudah Mula Mengusahakan Teknologi Internet 6G

Internet Rangkaian 5G Bakal Ditawarkan Seawal Tahun Depan

Ujian Internet 5G Bakal Dilaksanakan Di Putrajaya Dan Cyberjaya

Anda Mungkin Suka