Nampaknya sebuah lagi kelebihan bagi telefon pintar keluaran Samsung dan Google berjaya dikesan berbanding iPhone melalui ujian kelajuan internet.

Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh Ookla, telefon pintar model termahal Apple iaitu iPhone X berjaya mencatatkan kelajuan secara purata sekitar 29.7 Mbps manakala Samsung dan Google masing-masing berjaya mencatatkan kelajuan sekitar 38.9 Mbps dan 34.4 Mbps melalui model Galaxy S9 dan Pixel 2.

Dalam erti kata lain, pengguna Samsung dan Google berpeluang mengakses laman web serta stream video dengan lebih cepat berbanding pengguna Apple.

samsung-galaxy-s9-vs-google-pixel-2-6

Sekiranya anda mahukan kelajuan maksima pada telefon pintar anda, anda mungkin perlu mendapatkan telefon pintar keluaran Samsung dan Google berbanding Apple iPhone X. Walaubagaimanapun, sekiranya internet tidak mampu menawarkan kelajuan yang tinggi, mungkin anda akan merasai pengalaman kelajuan yang hampir sama.

Berikut merupakan video yang dikeluarkan oleh Samsung khas buat Apple dalam memperlekeh kelajuan muat turun iPhone berbanding Samsung Galaxy S9.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group