Telekom Malaysia sebelum ini di dalam sebuah sidang media telah melancarkan pakej Unifi Basic dimana pakej ini menawarkan internet berkelajuan 30Mbps dengan harga yang agak rendah iaitu RM79 sebulan. Pakej ini ditawarkan khusus mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4500 isi rumah.

Dalam pada itu, sebuah perkara yang membuatkan para netizen kurang berpuas hati dengan pakej Unifi Basic ini adalah pakej internet ini ditawarkan dengan had kouta sebanyak 60 GB sebulan. Berdasarkan tinjuan kami ramai yang kurang berpuas hati dengan pilihan yang dibuat TM tambahan pula kouta 60 GB dilihat sebagai jumlah yang sedikit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Amanz

Pakej ini terus mendapat kecaman setelah Telekom Malaysia pada hari ini mengesahkan pakej Unifi Basic bakal dihadkan kepada kelajuan 128kbps apabila kouta tamat. Dalam erti kata lain, jumlah kelajuan yang ditawarkan sangat rendah dimana pengguna kemungkinan gagal untuk mengakses aplikasi seperti WhatsApp dan Instagram dengan lancar.

Buat anda yang mahukan penggunaan internet tanpa had, adalah lebih baik untuk anda dapatkan pakej Unifi Lite atau Unifi Turbo untuk kepuasan berganda.

Sumber