Bulan Ramadan merupakan bulan suci yang dinantikan umat Islam seluruh dunia. Pada bulan inilah kita diajak untuk memperbanyak amal ibadat selain menahan lapar dan dahaga. Untuk mendapatkan keberkatan bulan yang mulia ni bukan senang, tahun depan belum tentu jumpa!

Tapi disebabkan bulan puasa hanya setahun sekali, selalu terjadi moment lucu sama ada anda terlupa tengah puasa atau tidak dapat menahan diri untuk berbuka puasa. Mari kami kongsikan 5 ragam yang anda boleh relate bila tibanya bulan ramadan. Adakah anda mempunyai pengalaman yang sama?

1. Terlajak waktu sahur, sedar-sedar sudah azan Subuh

5cda3975c84f3495796199

Disebabkan waktu bersahur adalah pada awal pagi, pastinya anda pernah terlajak tidur sampai tidak sempat bersahur. Lagi sedih kalau sedar masa tengah azan Subuh. Rasa sedih tidak dapat digambarkan. Bagi anda yang sudah biasa berpuasa, mungkin tiada masalah jika tidak bersahur, tapi kalau jenis yang berpuasa masa bulan Ramadan sahaja, mesti anda akan berguling menunggu waktu berbuka kan? Nasiblah.

2. Dah planning awal nak berbuka apa

giphy-16

Baru pukul 10 pagi sudah terfikirkan manu masakan atau beli sahaja untuk berbuka. Bingung juga memikirkannya. Tidak mengapa jika setakat planning awal, tapi kalau sampai pengaruh orang untuk sama-sama survey makanan untuk berbuka puasa, sampai anda pun lapar. Lagi menyakitkan hati kalau tengok makanan lepas tu mengadu lapar pada anda. Ini boleh bawak gaduh. Baik mengaku jika anda pernah buat perangai begini.

3. Hantu bazar Ramadan

zenfolio1-e1553750737873

Puasa dan bazar merupakan 2 perkara yang tidak boleh dipisahkan. Setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan merupakan perkara yang paling dinantikan. Disinilah anda boleh jumpa kuih-muih tradisional, ayam bakar, ayam golek, nasi ayam penyek dan pelbagai jenis air kat satu tempat. Harga yang dijual pun berpatutan. Alang-alang bulan puasa mengajar kita erti kesabaran dan menahan nafsu, janganlah anda terlalu mengikut nafsu dan membazir semasa berbelanja. Belilah sekadar untuk kenyangkan perut sahaja.

4. Asyik tengok jam bagaikan baru belajar puasa

5cda3a6973138628889425

Jangan ingat orang dewasa tidak banyak karenah. Kadang-kadang makin tua, makin menjadi perangai berpuasa mengalahkan budak-budak. Asyik tengok jam dan tidak sabar untuk menunggu waktu berbuka. Paling parah bila tinggal sejam dua sebelum berbuka, asyik tanya pukul berapa, gaya lapar macam sebulan tidak makan. Siapa ada kawan begini?Anda memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya.

5. Perangai bila teguk air waktu berbuka, kalau boleh habis satu jag

anigif_original-grid-image-25991-1416240884-5

Lepas seharian berpuasa, waktu berbuka pastinya dinantikan semua. Dapat pula air manis dan berais, pastinya dapat memberikan rasa lega. Memang syok jika dapt air kegemaran. Lebih-lebih lagi dapat NESCAFÉ Smoovlatte dengan rasa kopi yang lemak berkrim, mesti puas puas untuk anda berbuka puasa. Boleh habiskan dalam sekelip mata.

Kekal Smoov Sepanjang Ramadan dengan NESCAFÉ Smoovlatte

Nescafe Smoove

Seharian berpuasa NESCAFÉ Smoovlatte pastinya dapat membantu anda kekal fokus sepanjang hari. Pastikan sentiasa ada sebotol NESCAFÉ Smoovlatte sebagai persediaan untuk berbuka puasa di mana saja.

Kalau anda tersangkut dalam kesesakan jalan raya atau tak sempat sampai di kedai pada waktu berbuka, NESCAFÉ Smoovlatte boleh membantu mengalas perut, takdelah korang kena tahan lapar sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

Sempena Ramadan ini juga, NESCAFÉ Smoovlatte berbesar hati mengedarkan 500 botol NESCAFÉ Smoovlatte setiap hari di 25 lokasi terpilih sekitar Lembah Klang untuk sama-sama meraikan kedatangan bulan mulia ini. Untuk maklumat lebih lanjut di mana lokasi edaran NESCAFÉ Smoovlatte ini, anda lihat sahaja di bawah di.

Ramadan Replace

Edaran akan dibuat mulai 7 malam sehingga 9.30 malam. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berbuka bersama NESCAFÉ Smoovlatte. Jom berbuka dengan NESCAFÉ Smoovlatte barulah Ramadan korang kekal smoov.