Walaupun kita sentiasa menjaga jarak dan kelajuan semasa berada di dalam kesesakan lalu lintas, pasti akan ada kenderaan lain yang dikawal dengan secara tergopoh-gapah sehingga mengundang kemalangan.

Pada hari semalam tular satu rakaman dashcam di mana sebuah Proton X50 dipandu secara tergopoh-gapah dengan memecut memotong barisan dari lorong kiri terus ke lorong kanan tanpa memberikan lampu signal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semasa Proton X50 berada di lorong kanan, di hadapan kenderaan yang merakam aksi SUV terbabit, pemandu itu cuba melepasi kesesakan trafik dengan memecut di ruangan sempit antara Nissan Serena dan Perodua Ativa.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemandunya apabila SUV itu terbalik terpelanting ke lorong kiri selepas melanggar bahagian belakang Perodua Ativa yang berada di hadapannya.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Sultan Ismail itu telah mendapat perhatian warganet yang tertanya-tanya mengapa pemandu SUV itu memilih untuk tergopoh-gapah semasa berada di dalam kesesakan lalu lintas.

Tambah orang ramai lagi, sudah sedia maklum keadaan trafik sesak dan perlahan pada ketika itu, tidak perlulah pemandu Proton X50 itu menyelit di antara kenderaan dalam keadaan berbahaya.

Sumber Gambar: Facebook Funtascticko.net

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dalam satu kisah lain pula, pemandu Honda CR-V mendakwa dia mempunyai masalah pendengaran sehingga tidak perasan ada ambulans ada di belakangnnya.

Pemandu Mempunyai Masalah Pendengaran Jadi Punca Honda CR-V Halang Laluan Ambulans

Berhabis RM37,903 Untuk ‘Make Up’ Bezza, Perkongsian Kos Modifikasi Pemuda Ini Cetus Pertikaian Ramai

Nahas 5 Pelajar USAS, Pemandu Treler Ditahan Untuk Siasatan