Terbaharu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dilaporkan akan menghentikan pengagihan vaksin Sinovac dan digantikan dengan pengagihan vaksin Pfizer ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan.

Menurut kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, pengagihan bekalan vaksin Sinovac di Kelantan akan ditamatkan serta-merta mulai akhir Julai tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dimaklumkan bahawa pengagihan bekalan vaksin Sinovac kepada Kelantan akan ditamatkan pada akhir Julai ini dan akan digantikan dengan vaksin Pfizer.

“Mulai 18 Julai ini, semua PPV di Kelantan hanya akan dibekal dos suntikan kedua vaksin Sinovac dan tiada lagi bekalan dos pertama bagi vaksin ini selepas tarikh tersebut,” katanya dalam satu notis pemberitahuan yang bertarikh 13 Julai lalu.

Dalam pada itu, Dr Zaini ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan bahawa notis tersebut adalah sahih namun beliau tidak menjelaskan kenapa pengagihan bekalan vaksin Sinovac dihentikan di Kelantan.

“Selepas ini, Kelantan hanya gunakan Pfizer sahaja,” katanya lagi.

Kenyataan beliau tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan mengapa Kelantan menolak vaksin Sinovac dan hanya mahukan vaksin Pfizer.

Ifa Raziah nafi memilih vaksin selepas dikecam ‘demand’ hanya mahu vaksin Pfizer. Baca lanjut pada pautan di bawah ini.

Dikecam Selepas ‘Demand’ Mahu Jenis Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih Vaksin

‘Bergaya’ Sebagai T-Rex Untuk Mengambil Vaksin, Perkongsian Gambar Ini Curi Perhatian Netizen

Petugas PPV Ambil Nombor Telefon Tanpa Kebenaran, Hantar Mesej Peribadi Ganggu Wanita

Sumber