Sudah beberapa kelab bola sepak di Malaysia yang sedia menerokai dunia kripto dengan menawarkan NFT tersendiri. Kini tiba giliran Kelantan FC pula mengorak langkah dengan menawarkan aset digital tersendiri.

Kelab Bola Sepak Kelantan FC telah memaklumkan bahawa bakal menerbitkan sebuah aset digital berbentuk token TRW dengan nilai mencapai RM100 juta. Penawaran ini akan dilakukan bersama pihak PitchIN yang sedia terkenal sebagai platform equity crowfunding.

Baca Juga:

Penawaran aset digital ini bakal tersedia pada tahun 2023 ini. Dengan langkah penawaran token TRW tersebut, ia bakal membolehkan Kelantan FC mengumpulkan dana untuk pelbagai tujuan seperti operasi semasa.

Di samping itu, token ini juga membolehkan para peminat Kelantan FC memiliki aset dan secara langsung menyokong kelab bola sepak kegemaran mereka. Berdasarkan perkongsian awal sebelum ini juga, sudah dinyatakan bahawa token TRW ini boleh didagangkan terus melalui aplikasi dompet digital Luno.

Perkongsian lanjut berkaitan token TRW bakal diberitahu dalam masa terdekat ini. Para peminat sudah pasti tidak sabar menantikan kemunculan aset digital ini kerana mahu memberi sokongan terhadap kelab bola sepak yang diminati dan dilihat sebagai pelaburan kerana boleh didagangkan melalui platform Luno.

Sumber