Dalam satu kejadian yang berdarah semalam, Malaysia dikejutkan dengan kematian menyayat hati seorang wanita muda yang dikelar perut dan dibakar mayatnya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata punca kematian disebabkan mangsa dan suspek berusia 21 tahun bertengkar mengenai kehamilan luar nikah mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Suspek kemudiannya menikam teman wanitanya di perut dan mengeluarkan janin secara paksa. Mangsa kemudiannya dibakar sebanyak dua kali dan mayat mangsa yang separuh hangus kemudiannya ditemui penduduk setempat.

Agus Salim berkata pihak polis telah menahan seorang suspek berusia 20 tahun, yang didapati baru menamatkan pengajian dan menjalinkan hubungan dengan mangsa selama setahun.

Teman Wanita Tampil Buat Kenyataan

Tidak lama selepas kejadian itu tular, seorang wanita dipercayai teman wanita suspek telah tampil mengeluarkan kenyataannya di laman media sosial.

Dalam tangkap layar yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, teman wanita suspek yang membuat kenyataannya di laman TikTok seolah pasrah dengan kejadian yang berlaku dan berserah kepada undang-undang untuk menghukum teman lelakinya.

Twitter

“Salam semuaa, sayaa bukan tunang dia sayaa hanya girlf dia. walaupun betull sekalipun dia bersalah, biarlah dia terima hukuman, nak taknak , kita kena telan juga. biarkanlah apa yang terjadi ni , jadikan pengajaran , ambil ikhtibar untuk semua perempuan dekat luar sana. untukk aimann, terimakasihh yaa, akuu dahh maafkan semuaanyaa,” katanya.

Selain itu, di bahagian komen, ketika ditanya oleh salah seorang netizen mengenai perwatakan suspek, wanita terbabit turut mendedahkan bahawa sepanjang menjalinkan hubungan dengan suspek, beliau adalah seorang individu yang baik dan mungkin keadaan memaksa beliau berbuat demikian.

“Betul , dia baikk, baik sangat orangnya tapi mungkin sebab keadaan yang memaksa dia jadi macamtu,” katanya.

Twitter

Bagaimanapun, sebahagian netizen kurang bersetuju dengan dakwaan suspek adalah ‘orang yang baik’. Bagi mereka apa yang suspek lakukan itu adalah kejam dan tidak berperikemanusian.

Untuk rekod, polis kini sudah mendapatkan perintah reman enam hari daripada mahkamah majistret di Kuala Selangor untuk menahan suspek sehingga 29 Mei ini.

Mayat mangsa kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.