Malaysia adalah negara berbilang kaum dengan Melayu, Cina dan India adalah tiga kaum utama yang mendominasi negara kita. Manakala Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa untuk kebanyakan rakyat Malaysia bertutur.

Namun, saban tahun, populariti bahasa Mandarin kian meningkat dengan kebanyakan rakyat Malaysia mula mengakui kepentingannya dan mempelajarinya sebagai bahasa ketiga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara ini diakui oleh pensyarah bahasa dan linguistik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Yap Teng Teng, di mana beliau menyatakan bahawa golongan muda Melayu melihat bahasa itu sebagai alat perkembangan, berbeza dengan generasi sebelumnya yang menganggapnya sebagai bahasa ibunda masyarakat Cina semata-mata.

Selain itu, faktor kepada populariti bahasa Mandarin meningkat dipengaruhi oleh lanskap politik antarabangsa dengan kedudukan China sebagai kuasa besar ekonomi dunia, sekaligus menjadikan Mandarin sebagai bahasa kedua pilihan di seluruh dunia.

Yap yang turut membuat kajian berkenaan pembelajaran bahasa itu di kalangan kaum bukan Cina di Malaysia menyatakan bahawa pada 2004, kurang dari 30 juta orang yang mempelajari bahasa ini di seluruh dunia. Manakala setakat 2015, ia meningkat kepada 120 juta orang.

Deena Errisa Delaila Mohd Zawawi, 21, ketika ditemubual oleh MalaysiaKini turut menjelaskan bahawa dia yang pada mulanya hanya mengajar secara suka-suka dan mahu berkongsi kemahiran tidak menyangka bahawa kelas Khizanat Mandarin berjaya mencuri tumpuan dan kini memiliki 40 orang pelajar.

Kelasnya yang bertapak di Ipoh, Perak datang dari pelbagai jurang umur dan pekerja. Dia yang mengajar bahasa Mandarin dalam bahasa Melayu menjadikan kelas itu lebih mudah dan diminati oleh golongan muda yang mahu mempelajarinya sebagai bahasa ketiga.

Manakala Ahmad Hunain, berumur 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai pemasaran melihat perkembangan ini sebagai positif dan mampu menyumbang kepada keharmonian dalam negara.

“Saya galakkan orang lain untuk belajar Mandarin kerana ia bukan saja antara bahasa yang paling banyak digunakan di dunia, tetapi kerana kita boleh mengeratkan hubungan melaluinya, memandangkan Malaysia adalah negara majmuk,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, seorang wanita Melayu mengejutkan orang ramai dengan kebolehan membaca berita bahasa Mandarin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Melayu Ini Kejutkan Ramai Dengan Kebolehan Membaca Berita Bahasa Mandarin

Tidak Sekadar Mengajar Mandarin, TikTok Ini Turut Didik Netizen Pantang Larang Masyarakat Cina

Sumber