Pengembaraan biasanya memberi kita emosi dan pengalaman yang luas, terutamanya apabila kita mengenali budaya yang berbeza dan menarik serta orang yang sangat ramah.

Tetapi lain pula jika pengalaman atau budaya ini tak di duga ada di beberapa negara. Contohnya adalah masyarakat Sulawesi Utara yang mempunyai kepelbagaian etnik. Di antara mereka terdapat satu citarasa yang sama, iaitu daging kelawar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam salah satu episod Best Ever Food Review Show, pengacara Sonny Side telah berkesempatan berkunjung ke salah satu perkampungan yang menjadikan acara memakan daging kelawar sebagai budaya masyarakat setempat.

Dalam rancangan tersebut, beliau telah dibawa oleh seorang warga tempatan, Michael untuk berkunjung ke satu rumah bagi menyediakan juadah masak lemak daging kelawar.

Sonny dibawa ke Pasar Tomohon sebelum itu bagi membeli daging kelawar segar di pasar yang terkenal dengan barang dagangan yang terdiri daripada haiwan eksotik.

Disana beliau dipaparkan realiti sebenar bagaimana pasar itu beroperasi dengan kelihatan beberapa kedai yang menjual daging ular, tikus, kucing, anjing dan bermacam-macam lagi daging haiwan eksotik.

Screenshot 2020-01-29 at 8.34.19 AM

“Bayangkan di sini masih ada penduduk yang makan orang utan. Memangnya di daerah ini terlalu sukar mendapatkan makanan, mungkin itu cara mereka dapatkan sumber makanan,” ujar Susan, penduduk Tomohon seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Di rumah salah sebuah rumah masyarakat tempatan, beliau melihat bagaimana penyedian masak lemak daging kelawar dilakukan.

Dari peringkat penyedian sehinggalah finishing, Sonny dibawa melihat bagaimana cara penyedian daging kelawar yang menjadi kegilaan masyarakat tempatan.

Screenshot 2020-01-29 at 8.34.49 AM

VPRO Metropolis sebelum ini pernah melaporkan bahawa daging kelawar adalah daging nombor satu di Indonesia. Permintaan daging kelawar dikatakan terlalu tinggi sehingga spesies ini terancam.

Tetapi apakah kesan memakan daging haiwan eksotik ini? Khasiat dari daging kelawar memang belum dibuktikan secara ilmiah. Tetapi menurut Celebes.co, ia mempunyai risiko yang buruk kepada sistem kesihatan badan.

Menurutnya, kelawar dan tikus adalah binatang yang ‘melahirkan’ pelbagai jenis penyakit yang mampu untuk menular kepada manusia dengan mudah.

Screenshot 2020-01-29 at 8.36.08 AM

Seperti penyakit Ebola yang tular menyerang Afrika Barat antara tahun 2013 dan 2016 – para saintis dalam satu kajian mereka menunjukkan bahawa Ebola Zaire dilahirkan oleh kelawar di sebuah lombong terbengkalai di Liberia.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini masih belum direkodkan penduduk yang memakan daging kelawar menghadapi masalah kesihatan. Penduduk Sulawesi malah percaya bahawa daging kelawar ini mampu untuk mencegah dan mengubati penyakit asma.

Malah, biarpun kajian terbaharu menunjukkan bahawa kelawar adalah antara punca kepada penyebaran wabak coronavirus di China, tetapi CNN Indonesia melaporkan bahawa penjualan daging haiwan eksotik di sana tidak pernah terjejas.

Klik pautan di bawah jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai ebola

Ebola! Adakah Ia Pembunuh Utama?

Saintis Pernah Beri Amaran Pada China Sejak 2017 Lagi Bahawa Sesuatu Yang Buruk Akan Berlaku