Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, pihak kerajaan bakal memperkenalkan sebuah mekanisme baru dalam memberi subsidi petrol kepada Rakyat Malaysia yang layak melalui Program Subsidi Petrol (PSP) bermula tahun hadapan.

Melalui program ini, mereka yang layak bakal menerima sebanyak RM30 sebulan untuk pengguna kereta manakala mereka yang menggunakan motosikal bakal menerima RM12 sebulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
subsidi
Sumber: Aiman Abdullah

Berdasarkan syarat yang dikeluarkan, kenderaan yang dimiliki seharusnya menepati kriteria yang ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah atau kereta melebihi 1,600cc yang berumur 10 tahun dan ke atas. Motosikal 150cc dan ke bawah atau motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas antara yang tersenarai.

Anda boleh klik di sini untuk menyemak status kelayakan bantuan program subsidi petrol ini. Berdasarkan percubaan kami setakat artikel ditulis, laman web ini nampaknya gagal diakses yang dipercayai berikutan kehadiran jumlah pengunjung yang tinggi.

Buat anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Program Subsidi Petrol (PSP), anda klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut. 

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Program Subsidi Petrol

Tonton Penjelasan Penuh Lelaki Ini Mengenai Pemilihan RON Pada Minyak Petrol Kenderaan