Seorang ibu membaca buku/artikel tentang perkembangan anak. Dia dapati perkembangan anak tidak selari dengan apa yang diperkatakan di dalam bahan bacaan tersebut.

Dia tahu anak sedang alami kelewatan perkembangan kerana telah membaca tentangnya. Bagaimana dengan anda yang tidak tahu mengenainya? Ini bacaan buat anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelewatan Perkembangan Pada Anak

Kelewatan perkembangan (developmental delay) dikatakan berlaku apabila anak tidak mencapai milestone perkembangan pada waktu yang sepatutnya.

Namun begitu, jika anak menunjukkan kelewatan antara 2 ke 3 bulan daripada yang sepatutnya, itu belum lagi dikatakan kelewatan perkembangan.

Apa yang perlu dirisaukan oleh ibu bapa adalah apabila kelewatan berlaku sangat jelas dan ketara pada anak berbanding kanak-kanak seusianya.

Cara Kesan Kelewatan Perkembangan Pada Anak

Kanak-kanak diperhatikan keupayaan mereka dalam lima kemahiran berikut:

1. Kemahiran Kognitif (Berfikir)

Adalah keupayaan berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah. Pada bayi, dapat diperhatikan pada sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Kemahiran ini diperlukan untuk anak meneroka dunia di sekelilingnya melalui telinga, mata dan tangan.

Pada kanak-kanak pula, kemahiran ini penting untuk belajar mengira, menamakan warna dan belajar perkataan baru.

2. Kemahiran Sosial Dan Emosi

Adalah keupayaan untuk berhubung dengan orang lain. Pada bayi, kemahiran ini dapat dilihat apabila mereka mampu senyum pada orang lain dan menghasilkan bunyi untuk berkomunikasi.

Pada kanak-kanak pula, mereka mampu meminta bantuan orang lain apabila perlu, dapat menunjukkan ekspresi dan bergaul baik dengan orang lain.

3. Kemahiran Bertutur Dan Bahasa

Merupakan keupayaan untuk menggunakan dan memahami bahasa. Pada bayi, perbuatan cooing dan babbling menunjukkan kemahiran awal bertutur.

Pada kanak-kanak pula, selain bertutur, ia termasuklah memahami apa yang dikatakan dan menggunakan perkataan dengan betul serta difahami oleh orang lain.

4. Kemahiran Motor Halus Dan Kasar

Ini merupakan keupayaan menggunakan small muscle (motor halus), lazimnya dalam tangan dan large muscles (motor kasar) pada tubuh.

Bayi menggunakan kemahiran motor halus untuk menggenggam objek. Kanak-kanak pula menggunakannya untuk memegang peralatan, membuat aktiviti dengan objek atau melukis.

Bayi menggunakan motor kasar untuk duduk tegak, meniarap dan mula berjalan. Kanak-kanak yang lebih besar menggunakannya untuk berlari, melompat atau menaiki tangga.

5. Aktiviti dalam kehidupan seharian

Adalah keupayaan untuk melakukan tugas harian. Pada kanak-kanak, ini termasuk makan dan minum, mengurus diri dan mandi dengan sendiri.

Jika anak mengalami ketidakupayaan untuk menguasai dua atau lebih kemahiran yang disebutkan di atas, anak dikatakan mengalami keadaan Kelewatan Perkembangan Global atau Global Developmental Delay (GDD).

Punca Kelewatan Perkembangan

Masalah ini tidak disebabkan oleh apa-apa punca khusus. Namun, faktor seperti berikut mungkin menyumbang kepada berlakunya keadaan tersebut.

1. Faktor genetik seperti sindrom Down
2. Komplikasi semasa mengandung atau melahirkan (kelahiran pramatang atau jangkitan)
3. Hilang deria pendengaran akibat jangkitan telinga yang serius
4. Keracunan plumbum

Tindakan Ibubapa

Segera bawa anak berjumpa doktor atau pakar kanak-kanak untuk didiagnos dan dijalankan ujian untuk pastikan keadaan ini. Jika masalah dapat dikesan awal, anak dapat dibantu perkembangannya dengan lebih efektif.

Bertindak cepat boleh bantu masa depan anak anda.