Jika pada bulan lalu Perodua telah melancarkan model Axia 2019, syarikat ini pada bulan ini dilihat mula menguji model yang dikatakan bakal dilancarkan mereka tidak lama lagi daripada segmen-B.

Dikongsikan oleh pembaca laman Paul Tan, model segmen-B daripada Perodua ini dilihat mempunyai rekaan seakan Axia namun dengan rekabentuk yang lebih panjang dan menariknya ia adalah sebuah wagon. Bagi dikongsikan video rakaman Axia wagon yang diuji dalam perjalanan menuju ke Genting.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi video yang dikongsikan, dapat dilihat model ini sangat mirip dengan rekaan model Toyota Calya atau Daihatsu Sigra. Walau bagaimanapun, sedikit kemasan telah dibuat oleh pihak Perodua pada kali ini.

Berdasarkan perbincangan awal, ramai yang menjangkakan Perodua bakal menawarkan segmen ini bersesuaian dengan pilihan orang ramai masa kini yang lebih cenderung mendapatkan crossover SUV yang hadir dengan saiz yang lebih kurang sama.

Screen Shot 2019-10-11 at 3.38.35 PM
Sumber: Paul Tan

Model segmen-B ini dijangka bakal dikuasakan oleh enjin empat slinder 1.3 liter atau 1.5 liter. Setakat ini masih belum banyak informasi yang diterima bagi model yang bakal dilancarkan Perodua ini. Walau bagaimanapun, agak menarik untuk menyaksikan adakah model wagon ini bakal menjadi pilihan Rakyat Malaysia mahupun tidak.

Dikongsikan juga model yang baru sahaja dilancarkan Perodua iaitu Axia 2019. Model mampu milik ini sedia untuk dimiliki dengan harga serendah RM24,090. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Perodua Axia 2019 Dilancarkan Dengan Rekaan Seakan ‘SUV’

Tempahan Perodua Axia 2019 Sudah Mula Dibuka Dengan Harga Serendah RM 24,090

Sumber