Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah video mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah sungai di Bali, Indonesia tular setelah kelibat seorang wanita dengan rambut panjang dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Basarnas Bali – pasukan mencari dan menyelamat – memberitahu bahawa wanita yang disangkakan hantu itu sebenarnya adalah manusia.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Dia adalah sukaralewan dari Mexico yang terlibat dalam pencarian mangsa Ni Komang Ayu Ardani, di Tukad (Sungai) Petanu, sekitar Goa Gajah, Ubud, Gianyar, Bali.

Video terbabit mula tular apabila akaun media sosial Tribun Bali memuat naik video tersebut pada hari Sabtu, 20 Mac 2021. Pelbagai respons dari netizen juga muncul, terutama dalam klip video pada minit ke-34 yang menunjukkan sosok seorang wanita.

Penampakan misteri dengan rambut panjang itu berjaya dirakam, dan ada yang menganggapnya adalah hantu. Ini kerana wanita itu tidak memakai pakaian seragam seperti pegawai Basarnas.

Menurut Ketua Operasi dan Makluman untuk Basarnas Bali, Anak Agung Alit Supartana, yang mengetuai pencarian bersama pasukan gabungan dari Polis Daerah Bali.

“Bahawa (sosok wanita dalam video) adalah sukarelawan dari Mexico, dia mencari Komang Ayu yang hilang di Sungai Petanu,” kata Anak Agung Alit Supartana melalui telefon kepada media tempatan.

“Bukan hantu, ia adalah orang yang sebenar. Warganegara asing dari Mexico yang membantu dalam usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Kemalangan misteri babitkan penunggang motosikal dan ‘hantu’ cetus tanda tanya netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

‘Selalu Dengar Suara Kanak-Kanak..’ – Dokumentari Ini Papar ‘Misteri’ Yang Menghantui Amber Court

Teknologi Tesla Didakwa Mampu ‘Mengesan’ Hantu Semasa Memandu?

 

Anda Mungkin Suka