“Alamak, kesian adik ni tak dapat bezakan.

“Dia belum lahir kami dah on air,” itulah reaksi spontan personaliti TV3 Fedtri Yahya selepas namanya di ‘tag’ oleh seorang kanak-kanak yang hadir ke TV3 baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

Walaupun username nya diletakkan dalam kapsyen gambar tersebut, namun Fedtri menjelaskan bahawa individu dalam gambar tersebut bukanlah beliau sebaliknya rakan pengacara Ally Iskandar.

Fedtri dalam perkongsiannya berkata kesilapan ‘adik’ itu mungkin berlaku kerana mereka berdua sebelum ini sangat sinonim dengan rancangan Malaysia Hari Ini.

“Jauh beza, mungkin sebab kami sinonim dengan MHI. Lebih dari 15 tahun,” ujarnya.

Malah persamaan antara kedua-duanya itu turut diakui netizen yang berpendapat mereka juga kadang-kadang tertukar antara dua personaliti yang sering muncul di kaca TV itu sebelum ini.

https://twitter.com/nasuh4__/status/1270214117060521984?s=20

Bagaimanapun, siapa sangka kesilapan adik ini akhirnya membuka peluang buat dirinya untuk bertemu secara bersemuka dengan Fedtri dan menghadiahkan sendiri jus mangga yang dihasilkannya.

Dalam satu kiriman berbeza, Fedtri memuat naik gambar beliau bersama kanak-kanak tersebut dan keluarganya sambil menikmati cendol dan jeruk mangga.

EaJmwASUEAA44Yl

Mungkin, buat mereka yang sentiasa menonton rancangan-rancangan di TV3 sebelum ini tidak mempunyai kesukaran untuk membezakan antara kedua-keduanya namun bagi generasi muda seperti adik ini, ‘aura’ mereka yang hampir sama pasti akan menimbulkan sedikit kekeliruan

Apa-apa pun, tahniah kepada adik ini kerana perniagaan jus mangga yang diusahakan beliau semakin mendapat perhatian dan semoga hajatnya untuk memiliki konsol permainan PS4 dengan berniaga akan tercapai.

Tahukah anda Kementerian Pendidikan pada semalam mengumumkan sekolah akan mula dibuka secara berperingkat bermula 24 Jun ini. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut mengenainya. 

Sekolah Bakal Dibuka Secara Berperingkat Bermula 24 Jun

Persis Arkitek, Kanak-Kanak Ini Kreatif Lukis Lakaran Ubah Suai Rumah Di Usia 12 Tahun

IKEA Rusia Hasilkan Panduan Bina Khemah Untuk Kanak-Kanak Di Rumah Menggunakan Perabot Mereka