Bagi pasangan yang melansungkan perkahwinan, pastinya mahu tampil cantik dan semuanya ‘perfect’ bukan?

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Aiman Hakim Ridza bersama pasangan Zahirah Macwilson ke satu majlis perkahwinan yang turut dihadiri selebriti-selebriti lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@fansofisaacraees

Dah mcm prince princess gitu 😍☺️ #aimanhakimridza #aimanhakim #zahirahmacwilson #zahirah #isaacraees #fyp #wedding #weddingtiktok

♬ original sound – Fanpage Aiman Zahirah Isaac – Fanpage Aiman Zahirah Isaac

@fansofisaacraees

Igs @Budiey #aimanhakimridza #aimanhakim #zahirahmacwilson #zahirah #isaacraees #fyp #wedding #weddingtiktok

♬ original sound – Fanpage Aiman Zahirah Isaac – Fanpage Aiman Zahirah Isaac

Zahirah dilihat menggayakan gaun berona kelabu kelihatan sangat anggun disamping Aiman yang menggayakan tuksedo hitam. Mencuri tumpuan apabila kecantikan Zahirah seolah-olah ‘overshadow’ pengantin ketika sesi bergambar bersama mempelai.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji kecantikan Zahirah. Malah, ada juga netizen mengatakan kecantikan Zahirah ‘overshadow’ mempelai.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut keliru yang mana satu pengantin kerana Zahirah dilihat lebih menyerlah ketika majlis terbabit. Sekadar makluman, Aiman dan Zahirah menghadiri majlis perkahwinan Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.