Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Program vaksinasi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan telah berjaya menvaksinkan kira-kira 1,751,328 orang penduduk Malaysia sehingga hari ini. Penerima vaksin terdiri daripada pelbagai jenis kelompok termasuklah daripada golongan gelandangan.

Terbaharu, program vaksinasi gelandangan Fasa 1 telah diadakan dengan penglibatan seramai 119 gelandangan yang sedang menghuni pusat penempatan transit gelandangan di Kuala Lumpur.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, program vaksinasi untuk gelandangan tersebut dibuat menggunakan Trak Vaksin Bergerak [email protected] dan penglibatan daripada beberapa klinik swasta sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada.

Walaupun ia satu inisiatif yang baik, namun ramai pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana golongan gelandangan boleh ‘mendahului’ menerima vaksin berbanding orang lain yang sudah lama mendaftar melalui aplikasi MySehtera atau laman web rasmi JKJAV.

Disebalik persoalan-soalan yang ditimbulkan, masih ramai lagi yang memuji inisiatif yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam mempercepatkan dan memperluaskan program vaksinasi kepada orang ramai.

Bahkan pengguna media sosial juga mencadangkan agar penggunaan Trak Vaksin Bergerak ini dapat diluaskan ke tempat-tempat yang sukar diakses bagi memudahkan penduduk di lokaliti tersebut menerima vaksin.

Menurut Tan Sri Anuar Musa lagi, Trak Vaksin Bergerak [email protected] akan mula berada di beberapa tempat tumpuan sekitar kawasan perumahan awam, projek perumahan rakyat (PPR), kampung tradisional, seawal Jun ini.

Tambah beliau, program vaksinasi COVID-19 di klinik swasta juga akan dimulakan dengan 29 daripada 60 permohonan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut satu laporan antarabangsa, Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara berpotensi ‘hancur’ akibat pandemik COVID-19.

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Doktor Ini Kongsi Video ‘Keburukan’ Vaksin Dan Saran Tularkannya Di Media Sosial

Anda Mungkin Suka