Pada 27 Januari 2021, 8 penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.

Bukan pergi berjalan-jalan tetapi mahu membeli barang keperluan, penduduk yang dikompaun menzahirkan rasa kesedihan kerana kesalahan itu bukan disengajakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Buriat-Alipan-fmt
Penumpang yang dikompaun. Sumber: FMT

Menurut laporan, jarak kampung mereka agak jauh dari pekan Tenom dan sukar berulang-alik. Pemandu bas, Ruil Taligi berkata dia pada mulanya tidak mahu membenarkan bas berkenaan dinaiki lapan penduduk kampung terbabit kerana sudah melebihi kapasiti asal.

Akan tetapi, disebabkan rasa kasihan dengan penduduk kerana ada dalam kalangan mereka yang benar-benar perlu ke pekan untuk membeli barang keperluan maka Ruil pun membenarkan mereka naiki bas.

Ketika sekatan jalan raya, Ruil merayu kepada pihak polis agar tidak menyaman penumpang dan hanya memberikan amaran atau menyaman dirinya sahaja. Tidak diendahkan, kesemua penumpang turut disaman walaupun mereka merupakan orang susah.

Lantaran berita tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dan bengang kerana pihak berkuasa tidak bertimbang rasa. Almaklumlah, sudahlah mereka orang susah dan dikenakan kompaun, mana mereka mahu cari wang untuk membayarnya.

Bukan itu sahaja, para netizen turut menzahirkan rasa kecewa kerana seharusnya pihak berkuasa membantu golongan yang susah saat ini bukannya membebankan lagi mereka.

https://twitter.com/myjoe_/status/1356410510762147840

Malah, para netizen turut mahu pihak berkuasa memandang serius perkara ini kerana banyak tempat yang mempunyai akses kepada pengangkutan awam dan keperluan asas yang terhad. Maka, pihak berwajib seharusnya membantu mereka ini bukannya sebaliknya. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

“Nasihat Dulu Bukan Terus Saman” – Netizen Cadangkan Orang Ramai Tidak Terus Dikompaun

Gara-Gara Jual Gelang Cegah COVID-19 Di Facebook, Wanita Ini Dikompaun RM50,000

Peniaga Di Negeri Sembilan Dikompaun Gara-Gara Guna Pencuci Lantai Sebagai ‘Hand Sanitizer’

Sumber