Keluarga adik Fattah Anas, anak kecil yang pernah tular dengan telatahnya yang comel bersama dengan ayahnya kini telah didakwa terkena sihir buatan orang.

Melalui perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram, @fattahanas_boyyeah telah berkongsi satu gambar, di mana terdapat benda tajam dan cecair seperti muntah yang berwarna merah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EorV08gUYAAZply

Difahamkan, perkongsian itu dilakukan oleh bapa kepada Fattah Anas yang memaklumkan di bahagian kapsyen bahawa dirinya kini sedang ‘menderita’ dipercayai angkara buatan sihir.

Dia turut meluahkan rasa terkilan apabila masih ada lagi individu yang sanggup melakukan perbuatan jijik tersebut. Dia turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah terguris hati dengannya dan meminta agar dihentikan semua perkara ini.

Perkongsian dari @fattahanas_boyyeah itu telah mendapat perhatian orang ramai. Ia juga turut mendapat perhatian beberapa artis yang turut berkongsi perasaan dukacita dengan apa yang terjadi dengan keluarga adik Fattah Anas.

Kebanyakan daripada mereka simpati dengan apa yang terjadi kepada keluarga adik Fattah Anas. Ada juga yang turut mendoakan semoga keluarga Adik Fattah Anas terus diberi perlindungan.

Tidak hanya di Instagram, perkongsian @fattahanas_boyyeah turut mendapat perhatian netizen di Twitter apabila kebanyakan daripada mereka turut mendoakan kesejahteraan keluarga adik Fattah Anas.

Adakah anda sanggup untuk melabur RM313.00 untuk jubah kalis santau ini? Klik pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut.

Sanggupkah Anda Labur RM313 Untuk Jubah ‘Kalis Santau’ Ini?

Selepas Berakhir Di Selangor, ‘Ketukan Misteri’ Kini Dilaporkan Berlaku Di Melaka

Misteri ‘Kubur Berdarah’, Ini Jawapan Daripada Hasil Siasatan Polis