Pada pertengahan bulan lalu Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan individu yang baru pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Mereka ini juga dikehendaki memakai gelang tangan atau wristband selama 14 hari memudahkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan boleh dikompaun RM1,000 dan dihadap ke mahkamah sekiranya memotong gelang terbabit

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial menunjukkan seorang wanita yang memakai gelang tersebut yang dikatakan telah melanggar arahan untuk kuarantin di rumah itu.

Gambarnya itu mula tersebar di media sosial bukan sahaja mencetuskan rasa tidak puas hati netizen tetapi turut mendapat perhatian Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam yang berkongsikan perkara tersebut di Twitternya.

“Ianya orang seperti beliau yang meningkatkan risiko gelombang kedua (COVID-19) di negara kita,” tulisnya di Twitter.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut turut mengecam dan mempersoalkan tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut.

Pemilik restoran tampil beri penjelasan

Menyedari perkara tersebut tular di media sosial, seorang wanita yang difahamkan merupakan peniaga di premis tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Melalui kiriman yang dibuat Nurul Chu Hada Karim di Facebook-nya yang merujuk kepada gambar wanita tersebut menjelaskan beliau sendiri telah pun mengambil tindakan mengenai perkara itu.

“Kak Nurul sendiri sudah hubungi Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk tanya pasal maklumat mak cik ni.

“Tapi tak boleh dedahkan katanya. Mereka masih siasat kes ni .

“Sat ni 11.23 pagi macam tu pegawai kesihatan datang cafe buat siasatan pasal kes mak cik ni.

“Alhamdulillah pegawai sah kan mak cik merayap ni tak positif cuma mereka tengah cari mak cik ni untuk tindakan undang-undang sebab langgar arahan KKM.

Dari semalam lagi sebenarnya dah rasa tak sedap hati . Rasa tak senang duduk . Ya Allah sekali Viral ada gambar mak cik…

Posted by Nurul Chu Hada Karim on Sunday, 19 July 2020

Beliau dalam hantarannya itu bagaimanapun menjelaskan premis perniagaannya bebas daripada jangkitan COVID-19 dan tiada arahan penutupan telah diberikan kepada mereka kerana wanita tersebut dikatakan negatif COVID-19.

Bagaimanapun, walaupun sudah disahkan negatif daripada wabak tersebut, wanita itu seharusnya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum ini.

Perkara ini tidak lain tidak bukan dilakukan pihak mereka kerana ingin menghalang penularan wabak COVID-19 di samping memudahkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Lelaki di Sarawak sebelum ini pula pernah mencetuskan kemarahan netizen kerana didapati merosakkan fasiliti kuarantin yang telah disediakan. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Cetus Kemarahan Netizen Selepas Rosakkan Bilik Kuarantin, Lelaki Dari Sarawak Kini Ditahan

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Anda Mungkin Suka