Tular baru-baru ini di media sosial apabila Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ mengumumkan telah melangsungkan perkahwinan sekitar minggu lalu. Hari yang di sangka indah bertukar menjadi kecewa apabila beliau didakwa berkahwin tanpa restu oleh ahli keluarga beliau sendiri.

‘Abang Viva’ pada beberapa hari lalu turut membuat Facebook Live dalam membuat penjelasan kepada netizen isu yang berlaku di mana beliau turut memaklumkan kepada bapanya selama 3 kali dan 5 kali kepada ibunya mengenai hasrat beliau untuk berkahwin sekaligus menepis dakwaan yang dibuat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Benar kata orang, air yang dicincang tidak akan putus. Baru-baru ini, ‘Abang Viva’ sekali lagi berkongsi kepada netizen di mana hubungan beliau bersama keluarga telah kembali erat selepas perbincangan dibuat bersama.

Sehubungan dengan itu, beliau mewakili keluarga memohon maaf kepada netizen atas apa yang berlaku serta berjanji situasi yang sama tidak lagi berulang.

Berpunca daripada diri sendiri

‘Abang Viva’ juga turut mengakui masalah yang berlaku sebelum ini berpunca daripada beliau sendiri manakala kakak beliau yang ‘menegurnya’ tidak berniat untuk menjatuhkan beliau namun sekadar untuk menyedarkan beliau yang sudah tersasar jauh.

Beliau juga turut berterima kasih kepada netizen yang telah mendoakan kebahagian beliau dan berharap semoga perhubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Mengulas mengenai misi banjir, beliau turut memberi bayangan bakal terus melakukannya namun pada kali ini sebagai pasangan suami isteri dalam membantu mangsa banjir. Didoakan semoga perkahwinan ‘Abang Viva’ bersama pasangan diberkati dan berkekalan hingga akhir hayat.