Kesemua 20 unit kondominium mewah di Orchard, Singapura telah dijual kepada seorang pembeli eksklusif yang memborong kesemua unit terbabit pada harga S$ 293 juta atau bersamaan dengan RM900 juta.

Kondominium yang bernama Eden by Swire Properties itu terletak di 2 Draycott park dan setiap unit kondo ini berukuran lebih dari 3,000 kaki persegi (279 meter persegi) – lebih besar daripada ukuran dua flat eksekutif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga kondo ini adalah bermula dengan S$ 4,827 per kaki persegi (RM14,000). Untuk memberi gambaran jelas betapa mahalnya kondo ini, Mothership SG melaporkan bahawa kondo yang terletak berhadapan dengan Eden dijual pada harga S$ 2,379.14 per kaki persegi (RM7,000).

0c41f1-EDEN-by-Swire-Properties-1
Swire Properties
79393024_173717757043391_4062929319768914762_n
Swire Properties
104326465_1970996066368994_5493877717766646870_n
Swire Properties
116957699_317052942972980_8679167557651228393_n
Swire Properties
119115718_783293805770957_5743169425373370927_n
Swire Properties
119180701_4323834794353112_5795197514709181865_n
Swire Properties
Screenshot-2021-03-26-at-00.36.40
Swire Properties

Menurut EdgeProp, 20 unit kondominium terbabit difahamkan telah dibeli oleh seorang keluarga dari China. Tambah laporan itu lagi, Eden ini pada mulanya dijual pada harga S$ 6,000 per kaki persegi (RM16,000). Tetapi dijual kurang pada harga asal disebabkan potongan 20 peratus.

Untuk rekod, kondominium dengan konsep hutan hujan ini adalah direka oleh Thomas Heatherwick dari Heatherwick Studios. Ia diilhamkan oleh visi Singapura sebagai kota dalam taman. Setiap unit dilengkapi dengan kebun tumbuhan tropika yang terletak di bahagian beranda rumah.

Lihat kondominium milik Zaha Hadidi yang baru sahaja dijual. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Kondominium Milik Zaha Hadid Yang Baru Sahaja Dijual

Mahal Dan Sempit, Bilik Stor Di Kondominium Ini Disewa Dengan Harga RM1,515

Dijual Hampir RM1 Juta, Kondominium Ini Berjaya Tarik Ribuan Pembeli Seawal Jam 6 Pagi