Polis menahan enam pelaku yang disyaki mengorek kubur pesakit COVID-19 di Kota Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia. Motif mereka berbeza, termasuk bermimpi bertemu dengan jenazah yang sudah mati.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Selatan, Kombes Pol E Zulpan mengatakan pelaku masing-masing sudah ditahan dengan sebilangan daripada mereka mengatakan motif disebalik kejadian adalah untuk menjalankan amanah keluarga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Mereka masih mempunyai hubungan keluarga dengan mayat mangsa Covid-19,” kata Kombes Pol Zulpan di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, seperti yang dilaporkan oleh iNews.

Di samping itu, ada pelaku yang mengatakan bahawa dia menemui keluarganya yang mati di dalam mimpi. Si mati meminta agar jenazahnya dipindahkan ke tanah perkuburan yang lain.

“Ada juga yang bermimpi dan meminta untuk membuang mayat mereka,” katanya.

Dari enam pelaku yang telah ditangkap oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Parepare, beberapa dari mereka berperanan sebagai penggali kubur manakala yang lain turun untuk mengambil mayat mangsa.

Sebelumnya, Ketua Kecamatan Bacukiki, Saharuddin, mengatakan bahawa kejadian itu dibongkarkan setelah mendapat laporan daripada seorang penduduk yang mendapati 7 makam telah digali pada hari Khamis.

“Tiga mayat telah hilang dan empat kuburan yang lain jenazahnya masih ada. Ada kebaikan dan keburukan, sama ada ia hilang atau runtuh di telan tanah, inilah yang ingin kita siasat,” kata Saharuddin.

Kisah penggali kubur mangsa COVID-19, kerja 15 jam sehari dengan upah sebanyak RM1,200. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Penggali Kubur Mangsa COVID-19, Kerja 15 Jam Sehari Dengan Upah Sebanyak RM1,200

Puluhan Mayat Mangsa COVID-19 Di New York Ditemukan Terbiar Di Dalam Lori

Ecuador Hadapi Krisis Kekurangan Keranda, Mayat Mangsa COVID-19 Dibiarkan Di Tepi Jalan

Sumber