Ibu bapa di India sangat terdesak untuk ‘menyembuhkan’ anak mereka yang kurang upaya dengan menanam anak mereka di dalam lumpur dan tahi kambing.

Video ini menunjukkan anak-anak muda yang dalam keadaan ketakutan ditanam hingga leher semasa gerhana matahari anulus – ketika bulan mengubah matahari menjadi “cincin api”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penduduk Taj-Sultanpur, India berkata ibu bapa mereka percaya bahawa dengan menguburkan anak semasa gerhana mampu untuk menyembuhkan mereka.

Kanak-kanak berusia dari tiga tahun, ditanam sehingga paras leher di dalam lumpur yang mengandungi tahi kambing.

Seorang ayah perempuan berkata: “Kami telah mengikuti apa yang telah dikatakan oleh orang tua kami, kerana rawatan perubatan tidak membantu, kami memutuskan untuk mencuba ini.

“Kami tidak tahu sama ada ia akan menyembuhkan anak kami atau tidak, tetapi kami mahu mencubanya.”

collage

Video terbabit juga kelihatan bahawa kanak-kanak “dilihat bergelut untuk menahan haba yang dihasilkan dari baja”.

Apabila polis dan pegawai daerah diberitahu mengenai ritual ini, mereka bergegas ke tempat operasi dan mengeluarkan mereka dari tanah.

Selepas diselamatkan, ibu bapa diberi amaran untuk tidak melakukan apa-apa ritual yang serupa pada masa akan datang.

Terdapat juga ritual tradisi yang dipertahankan sehingga hari ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Seppuku’ Ritual Tradisi Untuk Samurai Yang Ingin Mati Dengan Bermaruah

Tradisi Penggal Kepala Dalam Kalangan Masyarakat Di Borneo Yang Menyeramkan

Korea Selatan Adakan Latihan Untuk Menghadapi Mati

 

Sumber